Sabtu, 27 Februari 2016

Percutian ke Zoo Negara 2016

Ampang, 27/02/2016 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah masuk ke dalam Zoo Negara Malaysia pada jam 3:00 petang melalui Pintu Masuk A. Kami pergi ke sini selepas menghadiri satu majlis kenduri kahwin di Dataran Karyawan, Kompleks Studio Merdeka Finas yang terletak di sebelah kawasan zoo.

Tiket masuk ialah RM32.00 untuk seorang dewasa dan RM11.00 untuk seorang kanak-kanak.

Ini merupakan kali kedua kami pergi ke Zoo Negara Malaysia. Kali pertama, kami telah pergi pada hari Rabu, 10 Disember 2008. Ketika itu, kami cuma empat beranak. Kini, kami sudah lima beranak. Ini bermakna anak ketiga kami yang kali pertama pergi ke sini.

Zoo Negara Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1963 dan ia merupakan zoo nasional pertama di Malaysia. Zoo ini dihuni oleh beribu-ribu ekor haiwan dan mengalami banyak transformasi dengan konsep pameran secara terbuka. Banyak kemudahan disediakan di sini. Antaranya ialah surau, tandas, pondok, gerai, sudut bergambar dan banyak lagi. Kami menghabiskan masa lebih 3 jam di sini.

Kira-kira jam 6:15 petang, kami berlima mula keluar dari zoo melalui pintu di sebelah Pintu Masuk A. Saya membayar RM5.50 untuk tempat letak kereta yang terletak di kawasan zoo. Saya memandu Proton Exora beredar meninggalkan kawasan Zoo Negara Malaysia di Ampang dan bertolak pulang ke rumah di Kajang. Jarak perjalanan pulang dari sini ke rumah kami ialah sejauh 29.5 kilometer sahaja. Saya memandu kenderaan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 atau Middle Ring Road 2 (MRR2) dan Lebuhraya Cheras-Kajang (E7) melalui Plaza Tol Batu 9 (RM1.30). Saya meneruskan pemanduan di E7 dan terus bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Saya membelok ke Persiaran Impian Perdana, merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam