Selasa, 1 Mac 2016

Masjid Jamek dan Masjid India

Kuala Lumpur, 01/03/2016 - Saya telah menaiki LRT (Light Rapid Transit) atau Transit Aliran Ringan petang tadi. Naik di Stesen Pandan Jaya dan turun di Stesen Masjid Jamek. Saya membayar RM2.40 secara elektronik menggunakan kad Touch 'n Go untuk tambang sehala LRT. RM3.00 pula dibayar secara tunai sebelum itu bagi tempat letak kereta di Stesen Pandan Jaya.

Stesen Masjid Jamek memang terletak di sebelah Masjid Jamek Kuala Lumpur. Saya turun dari LRT dan singgah solat di masjid berkenaan. Masjid India Kuala Lumpur pula terletak kira-kira 500 meter sahaja dari Masjid Jamek Kuala Lumpur. Saya berjalan kaki ke masjid tersebut dan singgah solat juga di sini. 

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat serta tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi daripada golongan yang mendapat petunjuk. (Surah at-Taubah: Ayat 18).

Saya berjalan kaki dan berpatah balik ke belakang. Singgah ke sebuah kedai di tepi jalan, membeli sehelai seluar sukan yang berharga RM30.00 dan membayar sebanyak RM7.80 selepas makan martabak ayam serta minum teh tarik kurang manis di Restoran Shahira.

Saya kembali ke ST5 Masjid Jamek serta menaiki LRT melalui beberapa buah stesen iaitu ST4 Plaza Rakyat, ST3 Hang Tuah, ST2 Pudu, AG1/ ST1 Chan Sow Lin, AG2 Miharja, AG3 Maluri dan AG4 Pandan Jaya. RM2.40 sekali lagi dibayar secara elektronik dengan kad Touch 'n Go. Saya mendapatkan Perodua Kelisa dan memandu pulang ke rumah di Kajang melalui Pandan Perdana, Jalan Jejaka (Taman Maluri), Jalan Cheras dan Lebuhraya Cheras-Kajang (E7) yang mempunyai Plaza Tol Batu 9 (RM1.30). Hari ini (Selasa, 1 Mac 2016), harga minyak petrol RON95 turun RM0.15 seliter. Saya singgah mengisi RON95 sebanyak RM40.00 (25 liter x RM1.60) di Stesen Petronas Grand Saga 3, Lot 432, Lebuhraya Cheras-Kajang (E7).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.