Rabu, 9 Mac 2016

Gerhana Matahari, Solat Sunat dan Khutbah 2016

Cheras, 09/03/2016 - Sekolah di tempat saya mengajar sekarang telah mengadakan solat sunat gerhana matahari dan khutbah gerhana pagi tadi. Solat sunat gerhana dipimpin oleh Ustaz Zakaria bin Idris dan saya (Ustaz Norjeehan bin Ahmad Musatapa) pula menyampaikan khutbahnya. Pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri telah mengadakan program ini di surau sekolah melibatkan guru-guru serta murid-murid Pendidikan Islam Tahun 4, 5 dan 6. Murid-murid Tahap 2 dilibatkan dalam program ini supaya mereka mendapat pendedahan berkenaan solat sunat gerhana yang jarang-jarang dilakukan. Fenomena Gerhana Matahari Separa 9 Mac 2016 di Malaysia berlaku di antara jam 7:25 pagi hingga 9:30 pagi.

Solat sunat gerhana ini ditunaikan dua rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya ia mempunyai dua kali rukuk dan dua kali iktidal (berdiri semula membaca surah al-Fatihah dan surah yang lain) dalam satu rakaat.

Antara isi khutbah yang telah disampaikan oleh saya. Gerhana adalah satu daripada kejadian alam yang memperlihatkan kebijaksanaan Penciptanya dan menjadi iktibar kepada sekalian manusia. Gerhana itu ialah suatu perubahan, suatu kejadian, suatu keagungan dan kebesaran Tuhan yang berlaku pada matahari dan bulan. Kejadian ini adalah suatu perkara yang amat mudah bagi Allah Ta’ala melakukannya. 

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Maka apabila mata terbelalak (ketakutan), dan apabila bulan telah hilang cahayanya, dan matahari serta bulan dikumpulkan. (Surah al-Qiyamah: Ayat 7 hingga 9).

Kaum muslimin dan muslimat yang berbahagia. Dalam usaha untuk memperbanyakkan amal kebajikan supaya kehidupan kita tidak sia-sia, Allah Ta’ala telah memberikan galakan dan perangsang supaya umat manusia membuat kebaikan dengan firman-Nya yang bermaksud: Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah (kebaikan) adalah serupa dengan sebutir biji benih yang menumbuhkan tujuh dahan, pada tiap-tiap dahan itu (berbuah) seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Surah al-Baqarah: Ayat 261).

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam