Temerloh, 16/03/2016 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah pergi ke Restoran Go'bang Maju Patin Tempoyak yang terletak di sebelah stesen minyak Petron Temerloh di Jalan Triang. Kami datang dari arah Kuala Lipis melalui Kerambit, Jerantut dan Kuala Krau.
Jam 12:15 tengah hari, kami masuk ke restoran berkenaan. Restoran ini berkonsepkan layan diri. Kami mengambil 3 set nasi cukup untuk lima beranak dan 2 pinggan kosong. Juga 2 mangkuk Gulai Tempoyak Ikan Patin (1 ketul bahagian kepala dan 1 ketul bahagian ekor), 1 mangkuk daging hitam serta minuman 1 gelas Bandung Cincau Istimewa, 1 gelas Jagung Cincau Istimewa, 3 bekas dadih dan seketul ayam goreng (percuma). Saya telah membayar sebanyak RM53.80 untuk harga makanan dan minuman selepas makan tengah hari kali ini. Ia dibuka pada hari Sabtu hingga Rabu dari jam 12:00 tengah hari hingga 12:00 tengah malam dan ditutup pada hari Khamis. Manakala dibuka pada hari Jumaat dari jam 2:00 petang hingga 12:00 tengah malam.
Ini merupakan kali pertama kami makan dan minum di sini. Sebelum ini kami makan Patin Tempoyak di beberapa buah gerai dan restoran yang lain di Temerloh ini. Kami beredar meninggalkan Restoran Go'bang Maju Patin Tempoyak dan pergi pula ke Kedai Patin Temerloh yang terletak beberapa ratus meter sahaja dari restoran tersebut. Ia menjual ikan sangkar hidup. Saya membeli 1 ekor ikan patin dan 2 ekor ikan tilapia yang berharga RM29.00 sahaja. RM17.00 harga bagi 1 kilogram kedua-dua jenis ikan. Kami meneruskan perjalanan dan berhenti solat di Masjid Abu Bakar Temerloh.
Sesiapa yang ingin singgah ke Restoran Go'bang Maju Patin Tempoyak di Jalan Triang, alamatnya ialah:
Sebelah Petron Temerloh,
Jalan Triang,
28000 Temerloh,
Pahang.
Saya memandu Proton Exora dan kami beredar meninggalkan Masjid Abu Bakar Temerloh untuk pulang ke rumah di Kajang. Kami masuk ke Lebuhraya Pantai Timur (E8) melalui Plaza Tol Temerloh serta keluar di Plaza Tol Karak (RM6.00), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (E8) melalui Plaza Tol Bentong (RM3.50) serta Plaza Tol Gombak (RM6.00), Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 atau Middle Ring Road 2 (MRR2) dan Lebuhraya Cheras-Kajang (E7) melalui Plaza Tol Batu 9 (RM1.30). Jarak perjalanan pulang dari Masjid Abu Bakar Temerloh ke rumah kami ialah kira-kira 153 kilometer sahaja. Kami selamat sampai ke rumah lebih kurang jam 4:45 petang.
MURAQABAH
- Naib 2007 SMKBBSL.
- Dhabit 2009 SKSS.
- Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
- Naib 2012 SJK(C)B.
- Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
- Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
- Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
- Rais 2017 SKLA (SMKTK).
- Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
- Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.
Pautan Tambahan
- RCC Global (M) Sdn Bhd
- RCC Worldwide (M) Sdn Bhd
- Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd
- Keluarga Ku Bahagia (Kekuba)
- Elektronik Zakat Selangor
- Sign In To Microsoft
- Muat Turun Video Daripada Internet
- Muat Turun Video Daripada Smule
- al-Muqri' (Pengajar Bacaan al-Qur'an}
- Sistem Maklumat Pendidikan Islam JAKIM
- Paparan Gambar Status Trafik Semasa
- Malaysia Highways Live Traffic Cameras
- Indeks Pencemaran Udara - IPU
- Kalkulator - Imperial to Metric
- Android Device Manager
- Nasyid Mp3 Download
- Free Online Games
- UniFi Specialist by TM
- TuneIn (0nline) - IKIM FM
- Live Online Radio - IKIM FM
- Live TV Stereaming - Online TV
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA
- SI2008 (18' x 55') TTD2017 (20' x 65') TJ2021 (20' x 65')
- Tenaga Nasional Berhad (Quick Pay)
- Pengurusan Air Pahang
- Laman Air Selangor
- Indah Water Konsortium
- Cukai Tanah Pahang
- Cukai Taksiran (MDL)
- Cukai Tanah Selangor
- Cukai Taksiran (MPKj) e-Bayar