Isnin, 21 Mac 2016

MyKad Saya Sebagai Kad Touch 'n Go

Kajang ke Cheras, 21/03/2016 - Pagi tadi, saya telah melalui Plaza Tol Batu 11 (RM1.30) di Lebuhraya Cheras-Kajang (E7) menggunakan Kad Pengenalan Malaysia atau MyKad sebagai kad Touch 'n Go. Nilai RM36.80 masih berbaki pada kad selepas diimbas oleh peralatan komputer di plaza tol.

Kajang ke Putrajaya, 20/03/2016 - Waktu malam. Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah melalui Plaza Tol Sungai Balak (RM1.80) di Lebuhraya Kajang SILK (E18). Nilai RM39.90 masih berbaki pada MyKad. Perjalanan pulang melalui plaza tol yang sama (RM1.80) dari Putrajaya ke Kajang juga pada waktu malam. Nilai RM38.10 masih berbaki pada MyKad.

Jasin ke Kajang, 19/03/2016 - Waktu petang. Saya, isteri, tiga orang anak kami dan seorang anak saudara isteri telah masuk ke Lebuhraya Utara Selatan (E2) melalui Plaza Tol Simpang Ampat serta keluar di Plaza Tol Senawang (RM5.60). Nilai RM50.00 masih berbaki pada MyKad. Selepas berhenti solat dan makan malam, kami lima beranak serta seorang anak saudara isteri telah melalui Plaza Tol Ampangan (RM2.30) di Lebuhraya Kajang-Seremban (E21). Nilai RM47.70 masih berbaki pada MyKad. Di lebuh raya yang sama, kami masuk melalui Plaza Tol Setul dan keluar di Plaza Tol Kajang Selatan (RM6.00). Nilai RM41.70 masih berbaki pada MyKad.

Kajang ke Jasin, 18/03/2016 - Waktu malam. Saya telah menambah nilai pada MyKad sebanyak RM50.00 di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (E21) dan RM72.40 ialah nilai terkini. Saya, isteri, tiga orang anak kami dan seorang anak saudara isteri telah masuk ke E21 melalui plaza tol yang sama serta keluar di Plaza Tol Setul (RM6.00). Nilai RM66.40 masih berbaki pada MyKad. Di lebuh raya yang sama, kami melalui Plaza Tol Ampangan (RM2.30). Nilai RM64.10 masih berbaki pada MyKad. Malam semakin lewat. Kami lima beranak dan seorang anak saudara isteri telah masuk ke Lebuhraya Utara Selatan (E2) melalui Plaza Tol Senawang serta keluar di Plaza Tol Ayer Keroh (RM8.50). Nilai RM55.60 masih berbaki pada MyKad.

Kuala Lipis ke Temerloh dan Temerloh ke Kajang, 16/03/2016 - Waktu petang. Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah masuk ke Lebuhraya Pantai Timur (E8) melalui Plaza Tol Temerloh serta keluar di Plaza Tol Karak (RM6.00). Nilai RM33.20 masih berbaki pada MyKad. Kemudian, kami melalui Plaza Tol Bentong (RM3.50) di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (E8). Nilai RM29.70 masih berbaki pada MyKad. Di lebuh raya yang sama, kami melalui pula Plaza Tol Gombak (RM6.00). Nilai RM23.70 masih berbaki pada MyKad. Selepas itu, kami melalui Plaza Tol Batu 9 (RM1.30) di Lebuhraya Cheras-Kajang (E7). Nilai RM22.40 masih berbaki pada MyKad.

Kajang ke Kuala Lipis, 15/03/2016 - Waktu petang. Kali pertama saya menggunakan Kad Pengenalan Malaysia atau MyKad sebagai kad Touch 'n Go kerana kad PlusMiles yang biasa digunakan tidak boleh diimbas oleh peralatan komputer di Plaza Tol Batu 11, Lebuhraya Cheras-Kajang (E7). Saya, isteri dan tiga orang anak kami memang berada di Lorong Tambah Nilai. Saya telah membayar RM50.00 untuk memasukkan nilai pada MyKad sebagai kad Touch 'n Go yang baharu. Kami melalui plaza tol yang sama (RM1.30). Nilai RM48.70 masih berbaki pada MyKad. Kemudian, kami melalui Plaza Tol Gombak (RM6.00) di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (E8). Nilai RM42.70 masih berbaki pada MyKad. Di Lebuhraya yang sama, kami melalui pula Plaza Tol Bentong (RM3.50). Nilai RM39.20 masih berbaki pada MyKad.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.