Ahad, 31 Julai 2016

Program Motivasi Kecemerlangan UPSR 2016

Cheras, 31/07/2016 - Saya dan anak sulung saya sedang berada di dalam sebuah dewan syarahan di Asia Metropolitan University, Taman Kemacahaya, Batu 9, Cheras, Hulu Langat, Selangor.

Anak sulung saya yang berumur 11 tahun (Tahun 5) merupakan salah seorang peserta Program Motivasi Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 pada hari ini. Peperiksaan UPSR ialah untuk murid-murid yang berumur 12 tahun (Tahun 6).

Program pada hari ini ialah anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor. Saya merupakan salah seorang guru di sekolah berkenaan. Anak saya yang menjadi peserta program pula merupakan seorang murid dari Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2, Kajang, Hulu Langat, Selangor.

Slot 1 pada pagi ini sedang disampaikan oleh Dr Hj Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad. Beliau merupakan Naib Yang Dipertua PIBG di sekolah tempat saya mengajar sekarang. Tajuk untuk slot 1 ialah Persediaan Menghadapi Peperiksaan. Persediaan dari segi fizikal ialah tidur yang cukup, pemakanan yang baik dan riadah. Persediaan dari segi mental pula ialah fikir positif dan "be a mental warrior".

Slot 2 selepas ini bertajuk Kemahiran Belajar dan slot 3 yang akan dibentang pada sebelah petang pula bertajuk Teknik Menjawab (Kertas Sains). Murid-murid sekolah dari sekitar daerah Hulu Langat kebanyakannya merupakan peserta-peserta program sepanjang hari ini. Beberapa orang peserta sahaja yang bukan dari daerah ini.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam