Semenyih, 23/07/2016 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah pergi ke Restoran ar-Reef yang terletak di Beranang. Kami bergerak dari
rumah selepas solat Maghrib tadi dan terus pergi ke sini. Jarak perjalanan
dari rumah kami di Kajang ke restoran ini ialah kira-kira 16 kilometer
sahaja.
Saya memandu Proton
Exora merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Pesiaran
Impian Perdana. Saya meneruskan pemanduan di Persiaran Saujana Impian
dan terus bersambung dengan jalan Pintasan Kajang-Semenyih. Kemudian, saya memandu kenderaan di Lebuhraya Kajang-Seremban (E21) tetapi tidak melalui plaza tol kerana membelok ke Jalan Semenyih dan melalui pekan Semenyih menuju ke Beranang. Akhirnya kami sekeluarga sampai ke Restoran ar-Reef, Beranang.
Ini merupakan kali
pertama kami makan dan minum di sini. Sebelum ini saya cuma melalui jalan ini dan melihat papan tanda sahaja. Restoran ar-Reef di Beranang dibuka dari jam 12:00 tengah hari hingga 11:30 malam.
Saya memang sukakan
makanan Arab sejak belajar di Jordan lagi. Maklumlah, kira-kira 5 tahun
menetap di sana menuntut ilmu. Apabila terasa hendak makan makanan Arab,
saya akan ke restoran yang bersesuaian.
Di restoran tadi, kami
memesan menu 2 person package (Hanith Lamb, Kabsah Chicken and 2 glasses of Ice Lemon Tea), Chicken Pepperoni Pizza (Regular), Honeydew Shake (1), Banana Shake (2) dan Pomegranate Barbican (1). Saya telah membayar
sebanyak RM76.90 untuk harga makanan dan minuman serta 6% GST (Good
& Services Tax) sebanyak RM4.60 menjadikan ia sebanyak RM81.50 bagi
jumlah keseluruhan yang perlu dibayar.
Sesiapa yang ingin singgah ke Restoran ar-Reef di Semenyih, alamatnya ialah:
Dataran Dato' Mohd Said,
Lot 897,
Rinching Tengah,
Jalan Semenyih,
43700 Beranang,
Selangor.
Saya memandu Proton Exora dan kami beredar meninggalkan Dataran Dato' Mohd Said. Tepat jam 10:00 malam, kami sampai ke rumah di Kajang selepas melalui perjalanan kira-kira 16 kilometer tanpa singgah ke mana-mana lagi.
MURAQABAH
- Naib 2007 SMKBBSL.
- Dhabit 2009 SKSS.
- Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
- Naib 2012 SJK(C)B.
- Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
- Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
- Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
- Rais 2017 SKLA (SMKTK).
- Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
- Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.
Pautan Tambahan
- RCC Global (M) Sdn Bhd
- RCC Worldwide (M) Sdn Bhd
- Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd
- Keluarga Ku Bahagia (Kekuba)
- Elektronik Zakat Selangor
- Sign In To Microsoft
- Muat Turun Video Daripada Internet
- Muat Turun Video Daripada Smule
- al-Muqri' (Pengajar Bacaan al-Qur'an}
- Sistem Maklumat Pendidikan Islam JAKIM
- Paparan Gambar Status Trafik Semasa
- Malaysia Highways Live Traffic Cameras
- Indeks Pencemaran Udara - IPU
- Kalkulator - Imperial to Metric
- Android Device Manager
- Nasyid Mp3 Download
- Free Online Games
- UniFi Specialist by TM
- TuneIn (0nline) - IKIM FM
- Live Online Radio - IKIM FM
- Live TV Stereaming - Online TV
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA
- SI2008 (18' x 55') TTD2017 (20' x 65') TJ2021 (20' x 65')
- Tenaga Nasional Berhad (Quick Pay)
- Pengurusan Air Pahang
- Laman Air Selangor
- Indah Water Konsortium
- Cukai Tanah Pahang
- Cukai Taksiran (MDL)
- Cukai Tanah Selangor
- Cukai Taksiran (MPKj) e-Bayar