Selasa, 13 September 2016

Pakej Umrah Keluarga 2016

Kajang, 13/09/2016 - Saya, isteri, tiga orang anak kami dan emak saya sampai ke rumah kami di sini petang tadi. Kami berenam telah bertolak dari rumah emak saya di Kuala Lipis pada sebelah pagi. Jam 12:00 tengah hari kami masih berada di Masjid Sultan Ahmad Shah di Bentong. Kini, waktu malam. Kami semua sedang berada di Kajang dan berehat di rumah.

Tatacara permohonan visa umrah, jemaah perlu menyediakan pelbagai dokumen. 1-Pasport antarabangsa yang masih sah laku 6 bulan dan masih ada sekurang-kurangnya 6 muka surat yang belum digunakan. 2-Buku suntikan meningitis ACYW135. 3-Salinan sijil nikah/ kad pengenalan mahram/ surat beranak sebagai bukti pertalian mahram. 4-Salinan sijil kelahiran bagi semua kanak-kanak lelaki dan perempuan di bawah umur 18 tahun. 5-Gambar berukuran 4 sentimeter x 6 sentimeter sebanyak 4 keping, latar belakang berwarna putih, wanita bertudung gelap dan lelaki tidak boleh memakai songkok/ kopiah. 6-Bagi yang bukan warganegara Malaysia, sila rujuk dengan syarikat yang menguruskan pakej umrah bagi memastikan dokumen yang diperlukan.

Kesemua dokumen perlu diserahkan kepada syarikat yang menguruskan pakej umrah 45 hari sebelum hari penerbangan. Bayaran penuh juga hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Pastikan salinan sijil nikah disahkan oleh mana-mana Pejabat Agama dan salinan sijil kelahiran disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.