Khamis, 1 September 2016

Perbandingan Antara Peperiksaan UPSR 2015 dan 2016

Kajang, 01/09/2016 - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) akan memulakan peperiksaan bertulis untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 pada pagi ini (Khamis, 1 September 2016). Manakala Sekolah Kebangsaan (SK) akan memulakan peperiksaan bertulis untuk UPSR 2016 pada pagi Isnin, 5 September 2016.

Hari ini merupakan hari pertama peperiksaan UPSR 2016 yang menggunakan format baharu sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Perintis KSSR iaitu murid-murid Tahun 1 pada 2011 kini berada di Tahun 6 pada 2016. Tahun 2015 merupakan peperiksaan UPSR terakhir yang menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Pada tahun 2015 cuma ada lima mata pelajaran di dalam ujian bertulis untuk peperiksaan UPSR di SK iaitu Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Tambahan dua mata pelajaran di SJKC dan SJKT iaitu Bahasa Cina (Pemahaman), Bahasa Cina (Penulisan), Bahasa Tamil (Pemahaman) serta Bahasa Tamil (Penulisan).

Pada Tahun 2016 pula ada enam mata pelajaran di dalam ujian bertulis untuk peperiksaan UPSR di SK iaitu Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Bahasa Inggeris (Pemahaman), Bahasa Inggeris (Penulisan), Matematik dan Sains. Tambahan dua mata pelajaran di SJKC dan SJKT iaitu Bahasa Cina (Pemahaman), Bahasa Cina (Penulisan), Bahasa Tamil (Pemahaman) serta Bahasa Tamil (Penulisan).

Semasa peperiksaan UPSR 2015 masih lagi menggunakan KBSR, hari peperiksaan hanya tiga hari untuk SK, SJKC dan SJKT (Selasa, 8 September 2015), (Rabu, 9 September 2015) dan (Khamis, 10 September 2015). Ketika UPSR 2016 bermula tahun ini menggunakan KSSR, hari peperiksaan menjadi empat hari untuk SK (Isnin, 5 September 2016), (Selasa, 6 September 2016), (Rabu, 7 September 2016) dan (Khamis, 8 September). Manakala lima hari untuk SJKC dan SJKT kerana ditambah satu hari pada hari ini (Khamis, 1 September 2016).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.