Ahad, 28 Ogos 2016

Peperiksaan UPKK 2016

Kajang, 28/08/2016 - Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) merupakan salah satu peperiksaan penting yang diselaraskan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). KAFA ialah singkatan daripada perkataan Kelas Agama dan Fardhu Ain.

Peperiksaan UPKK dijalankan oleh JAKIM untuk murid-murid Tahun 5 di sekolah-sekolah rendah agama di bawah kerajaan negeri dan sekolah-sekolah rendah agama persendirian di seluruh Malaysia.

Matlamat peperiksaan UPKK ialah untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid Tahun 5 di dalam bacaan ayat-ayat al-Qur'an dan hafazan surah-surah daripada al-Qur'an serta mengamalkan cara hidup Islam. Juga dapat menilai tahap pengetahuan di dalam Fardhu Ain, asas Bahasa Arab serta menilai kemahiran murid membaca, menulis Jawi dan Khat.

Murid-murid Tahun 5 mesti mengambil lapan mata pelajaran yang telah ditetapkan di dalam peperiksaan UPKK iaitu Bidang al-Qur'an (Lisan), Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) kertas 02/01, Sirah kertas 03/01, Adab (Akhlak Islamiah) kertas 04/01 dan kertas 04/02, Jawi dan Khat kertas 05/01, Bahasa al-Qur'an kertas 06/01, Amali Solat (Praktikal) dan Penghayatan Cara Hidup Islam (Lisan dan Pemerhatian). Tarikh peperiksaan bertulis untuk UPKK 2016 ialah pada 10, 11, 12 dan 13 Oktober 2016. Jangkaan keputusan UPKK 2016 diumumkan ialah antara 1 hingga 15 Februari 2017.

Peperiksaan UPKK adalah penting untuk murid-murid sekolah rendah yang hendak menyambung pelajaran mereka ke sekolah-sekolah agama peringkat menengah di seluruh Malaysia.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam