Sabtu, 20 Ogos 2016

Gerai Nasi Kukus Itik Salai, Bangi

Bandar Baru Bangi, 20/08/2016 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah pergi ke Gerai Nasi Kukus Itik Salai yang terletak di atas sebahagian rizab jalan, Persiaran Jaya, Mukim Kajang, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Kami bergerak dari rumah sebelum solat Zohor tadi dan terus pergi ke sini. Jarak perjalanan dari rumah kami di Kajang ke gerai ini ialah kira-kira 13.5 kilometer sahaja.

Saya memandu Proton Exora merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Pesiaran Impian Perdana. Saya meneruskan pemanduan di Persiaran Saujana Impian dan terus bersambung dengan Lebuhraya Cheras-Kajang (E7). Kemudian, saya memandu kenderaan di Lebuhraya Kajang SILK (E18) dan melalui Plaza Tol Sungai Balak (RM1.80). Keluar dari E18 dan saya memandu di Persiaran Jaya. Akhirnya, kami sekeluarga sampai ke Gerai Nasi Kukus Itik Salai, Bangi.

Ini merupakan kali pertama kami makan dan minum di sini. Kami mengambil 3 pinggan nasi putih dan 2 pinggan kosong cukup untuk lima beranak. Juga 1 mangkuk itik salai masak lemak cili api, 1 pinggan ikan keli salai masak lemak cili api, 1 ketul ayam panggang, 1 bungkus keropok dan 5 gelas air sirap (boleh ambil sendiri dan ditambah ikut suka hati). Kami telah membayar sebanyak RM22.00 untuk harga makanan dan minuman bagi makan tengah hari kali ini.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.