Isnin, 26 September 2016

Perbandingan Antara Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia

Hari Kebangsaan disambut di seluruh Malaysia pada 31 Ogos setiap tahun kerana negara sudah merdeka atau bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511 hingga 1957. Kemerdekaan Tanah Melayu telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1957. Hari Kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna-warni dan pelbagai pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun. Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12:00 tengah malam. Acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan pada pagi 31 Ogos bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari Kebangsaan disambut dengan meriahnya terutama di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. 

Hari Malaysia pula disambut di seluruh Malaysia pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia. Penubuhannya ialah pada 16 September 1963 dengan penyertaan Sabah, Sarawak dan Singapura bersama Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia. 

Pembentukan persekutuan baru ini dirancang berlaku pada 1 Jun 1963, namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-6 (kini dikenali sebagai Hari Kebangsaan). Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September 1963. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak. 

Hari Kebangsaan (31 Ogos) merupakan hari cuti am di semua negeri sejak awal lagi tetapi Hari Malaysia (16 September) merupakan hari cuti am di semua negeri mulai tahun 2010. Sebelum itu di Sabah dan Sarawak sahaja merupakan hari cuti am pada 16 September setiap tahun. 

Singapura telah keluar daripada Malaysia untuk menjadi sebuah republik pada 9 Ogos 1965.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam