Rabu, 7 Disember 2016

Masjid Zulhulaifah, Madinah, Arab Saudi

Antara tahun 1993 hingga 1998, saya telah belajar di University of Jordan. Sepanjang belajar di universiti tersebut, saya telah pergi dua kali ke Arab Saudi bersama kumpulan pelajar Malaysia kerana menunaikan umrah. Pergi menaiki bas ke Arab Saudi yang terletak di selatan Jordan. Masjid Zulhulaifah di Madinah merupakan tempat miqat kami untuk mengerjakan umrah di Mekah. Insya-Allah, saya bercadang ingin bermiqat lagi di masjid berkenaan tetapi bersama isteri, tiga orang anak kami dan emak saya pada tahun 2016 ini.

Masjid Zulhulaifah atau Bir Ali terletak di satu kawasan yang bernama Abyar Ali. Ia merupakan tempat miqat bagi penduduk Madinah yang hendak mengerjakan haji dan umrah. Salah satu miqat yang telah ditentukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan merupakan miqat yang paling jauh dari Mekah. Masjid ini terletak kira-kira 11 kilometer dari Masjid an-Nabawiy dan terletak kira-kira 435 kilometer dari Masjid al-Haram. Jarak perjalanan menjadi lebih jauh jika melalui Taif iaitu kira-kira 545 kilometer.

Perjalanan umrah dari Madinah bermula dengan memakai ihram di hotel atau rumah tumpangan di Madinah pada hari terakhir. Miqat bagi mereka yang datang dari Madinah ialah di Bir Ali atau dikenali sebagai Miqat Rasulullah s.a.w. ketika menunaikan haji. Bas atau kenderaan akan berhenti di Masjid Bir Ali dan jemaah dinasihatkan supaya bersolat sunat ihram di sini.

Jemaah umrah yang datang terus ke Madinah dari Kuala Lumpur tidak perlu memakai ihram kerana mereka akan berada di Madinah beberapa hari dan akan berniat ihram dari Masjid Zulhulaifah atau Bir Ali di Madinah dalam perjalanan ke Mekah. Jika mereka menaiki kapal terbang dari Madinah ke Jeddah, miqat mereka ialah di lapangan terbang Madinah. Berniat dan berihramlah di situ.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah. (Surah al-Baqarah: Ayat 196).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.