Rabu, 21 Disember 2016

Percutian Pergi Mengerjakan Umrah 2016

Saya, isteri, tiga orang anak kami dan emak saya telah mengerjakan umrah pada bulan Disember 2016 ini bersama Fa Izin International & Tours Sdn Bhd (Kembara Anda Amanah Kami). RM6,290.00 x 6 orang (pakej 14 hari). Kami berlepas pergi menaiki kapal terbang Air Asia X (D7 9786) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 atau Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) pada hari Rabu, 7 Disember 2016. Jam 3:15 petang (waktu Malaysia), kami mula berada di udara dan kira-kira jam 7:15 malam (waktu Arab Saudi), pesawat kami mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah (Prince Muhammad bin Abdul Aziz International Airport). Kami berlepas pulang menaiki kapal terbang Air Asia X (D7 0701) di Lapangan Terbang Jeddah (King Abdul Aziz International Airport) pada hari Selasa, 20 Disember 2016. Kira-kira jam 11:20 pagi (waktu Arab Saudi), kami mula berada di udara dan kira-kira jam 12:50 tengah malam (waktu Malaysia) hari Rabu, 21 Disember 2016, pesawat kami mendarat dengan selamat di KLIA2. Perbezaan waktu Malaysia dan Arab Saudi ialah 5 jam (Malaysia mendahului Arab Saudi selama 5 jam). Contohnya, jam 5:00 petang di Malaysia bersamaan dengan jam 12:00 tengah hari di Arab Saudi. Tahun ini, tarikh 11 Disember 2016 bersamaan dengan 11 Rabiu'l Awwal 1438 di Malaysia (12 Rabiu'l Awwal 1438 di Arab Saudi).

Rabu, 7 Disember 2016 hingga Ahad, 11 Disember 2016 (Madinah). Saya, isteri, tiga orang anak kami dan emak saya serta jemaah umrah yang lain menginap di Hotel Mawaddah an-Nur, Jalan Abu Dujanah al-Ansariy. Pintu pagar bernombor 15 Masjid an-Nabawiy terletak lebih kurang 150 meter sahaja dari tempat penginapan kami. Mudah berulang-alik dari hotel ke masjid untuk solat termasuk solat Jumaat. Kami juga sempat berada di Raudhah, menziarahi Makam Nabi Muhammad s.a.w. serta para sahabat, Perkuburan Baqi', naik bas ke Masjid Quba', ladang kurma, Bukit Uhud, lalu di Masjid al-Qiblatain serta al-Masajid as-Sab'ah, pergi ke pasar kurma, berjalan kaki ke Masjid al-Ghamamah dan lain-lain. Musim sejuk ketika ini. Cuaca pagi ialah 15 darjah celcius. Kami berniat ihram umrah di miqat Bir Ali (Masjid Zulhulaifah), Madinah. Mutawif umrah ialah Ustaz Azri Amin bin Che Din. Kad SIM 2GB (ZAIN KSA) yang saya beli di lobi hotel menjadi alat perhubungan untuk kami berkomunikasi melalui internet.

Ahad, 11 Disember 2016 hingga Selasa, 20 Disember 2016 (Mekah). Saya, isteri, tiga orang anak kami dan emak saya serta jemaah umrah yang lain menginap di Hotel Firdaus al-Umrah, Jalan Ibrahim al-Khalil. Kami terus mengerjakan umrah di Masjid al-Haram selepas meletak barang-barang di hotel berkenaan. Pagar masjid laluan ke Pintu Nombor 87 dan 88 terletak lebih kurang 750 meter sahaja dari tempat penginapan kami. Berulang-alik dari hotel ke masjid untuk solat termasuk solat Jumaat. Cuaca pagi ialah 21 darjah celcius. Bas kami sempat lalu berhampiran Bukit Tsur, Universiti Umm al-Qura, menziarahi Bukit ar-Rahmah di Padang Arafah, lalu di Muzdalifah, Mina, Lembah Hunain dan lain-lain. Kami berniat ihram umrah di miqat Masjid al-Jaaranah. Umrah yang seterusnya kami berniat ihram di miqat Masjid at-Tan'im. Riyal Arab Saudi (82.00) bersamaan dengan Ringgit Malaysia (100.00). Lawatan tambahan yang tidak termasuk di dalam pakej umrah, kami bayar sendiri bas untuk menziarahi Muzium Dua Tanah Haram (al-Haramain asy-Syarifain) dan miqat Masjid asy-Syamisiy (al-Hudaibiyah). Kami juga mendaki Bukit Cahaya (Jabal an-Nur) dan pergi ke Gua Hira'. Tawaf Widak ialah tawaf yang wajib dilakukan oleh setiap jemaah haji (umrah) ketika hendak keluar dari Mekah.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.