Jumaat, 20 Januari 2017

Peristiwa di Bukit Uhud

Peperangan Uhud telah berlaku pada bulan Mac 625 di kawasan berhampiran Bukit Uhud yang terletak beberapa kilometer dari bandar Madinah. Sekarang ialah bulan Januari 2017. Saya telah pergi sebanyak tiga kali ke Bukit Uhud ketika menunaikan umrah pada bulan Januari 1994, Ogos 1997 dan Disember 2016. Insya-Allah, saya serta keluarga berhasrat akan datang lagi ke Mekah dan Madinah untuk menunaikan haji atau umrah pada masa akan datang.

Peperangan Uhud terjadi di antara orang-orang Islam dan orang-orang kafir Quraisy pada bulan Syawwal tahun ke-3 Hijrah. Seramai 700 orang tentera Islam bertahan di lereng-lereng Bukit Uhud dan 50 orang daripadanya pasukan pemanah bertahan di atas Bukit Yang Mempunyai Dua Sumber Mata Air (Jabal Ainain) yang kemudiannya dinamakan sebagai Bukit Pemanah (Jabal ar-Rumah). Tentera Quraisy yang datang dari Mekah pula berjumlah 3000 orang.

Peringkat pertama peperangan, tentera Islam berjaya mengalahkan tentera musuh dan mengusir mereka dari Uhud. Ramai pasukan pemanah turun untuk mendapatkan harta rampasan tetapi ketuanya iaitu Abdullah bin Jubair dan beberapa orang lagi tidak berbuat demikian kerana mengingati pesanan Nabi Muhammad s.a.w. agar jangan turun ke bawah sama ada menang atau kalah. Pasukan berkuda yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid menyerang balas tentera Islam yang lalai memungut harta rampasan dan tentera Islam tewas di peringkat ini. Ramai tentera Islam yang terbunuh dan Rasulullah s.a.w. turut tercedera. Seorang demi seorang sahabatnya gugur syahid di hadapannya kerana mempertahankan Baginda. Abu Dujanah melindungi Rasulullah s.a.w. dengan dirinya sehingga anak panah bertubi-tubi menusuk ke belakangnya. Begitu juga dengan Zaid bin Sakan yang gugur bersama beberapa orang rakannya kerana mempertahankan Rasulullah s.a.w.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (dalam peperangan Uhud), padahal kamu telah menimpakan kekalahan dua kali lipat kepada musuh-musuhmu (dalam peperangan Badar), kamu berkata: "Dari mana datangnya (kekalahan) ini?" Katakanlah: "Itu daripada (kesalahan) dirimu sendiri". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Surah Ali Imran: Ayat 165).

(Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah) iaitu ketika dalam peperangan Uhud dengan gugur syahidnya 70 orang tentera Islam (padahal kamu telah menimpakan kekalahan dua kali lipat kepada musuh-musuhmu) iaitu ketika dalam peperangan Badar dengan membunuh 70 orang tentera musuh dan menawan 70 orang lagi, (kamu berkata) dengan hairan: ("Dari mana datangnya ini?") iaitu kekalahan ini, sedangkan kita ialah orang-orang Islam dan Rasulullah s.a.w. ada bersama kita. Ia merupakan pertanyaan yang bererti bantahan. (Katakanlah) kepada mereka: ("Itu daripada dirimu sendiri") kerana kamu meninggalkan markas sehingga mengalami kegagalan. (Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu) dan daripada-Nya datang kemenangan atau terhalangnya kemenangan itu. Kamu mendapat balasan daripada Allah disebabkan pelanggaran terhadap perintah Rasul-Nya.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.