Isnin, 16 Januari 2017

Modul TMK Tahun 1 KSSR (Semakan) 2017

Cheras, 16/01/2017 - Saya sedang berada di Sekolah Kebangsaan Taman Puteri iaitu sekolah di tempat saya mengajar sekarang ini. Hujan masih turun hingga kini. Perhimpunan rasmi pagi (7:40 hingga 8:10) tidak dapat dijalankan. Hari ini murid-murid Tahun 1 mula belajar mengikut sukatan pelajaran yang disediakan kerana pada minggu lepas mereka baru tamat program transisi. Program berkenaan telah diadakan selama dua minggu.

Modul Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Tahun 1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) [Semakan] 2017 melibatkan lapan mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Kesenian serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Pelaksanaan Modul TMK dalam KSSR (Semakan) dilakukan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2017. Ia mengandungi Modul Kemahiran Asas dan Modul Aplikasi. Perisian TMK Tahun 1 ialah Perisian Grafik (Paint), Perisian Persembahan (PowerPoint), Pemproses Kata (MsWord), Sound Recorder dan Pelayar Web.

Kemahiran TMK dalam mata pelajaran bagi Perisian Grafik (Paint) ialah Menghasilkan Bentuk untuk Pendidikan Kesenian (komponen seni visual). Menghasilkan Lukisan Dengan Gabungan Bentuk untuk Pendidikan Kesenian (komponen seni visual). Melukis Menggunakan Fungsi "Pencil" untuk Sains.

Kemahiran TMK dalam mata pelajaran bagi Perisian Persembahan (PowerPoint) ialah Teks Dalam PowerPoint untuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Pendidikan Islam dan Pendidikan Kesenian (komponen seni visual dan komponen muzik). Bentuk Dalam PowerPoint untuk Bahasa Melayu dan Sains. Jadual Dalam PowerPoint untuk Sains dan Pendidikan Kesenian (komponen muzik). Imej Dalam PowerPoint untuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Pendidikan Kesenian (komponen seni visual). Audio Dalam PowerPoint untuk Pendidikan Islam dan Pendidikan Kesenian (komponen muzik).

Kemahiran TMK dalam mata pelajaran bagi Pemproses Kata (MsWord) ialah Teks Dalam Word untuk Matematik serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Jadual Dalam Word untuk Matematik. Imej dalam Word untuk Matematik.

Kemahiran TMK dalam mata pelajaran bagi Pelayar Web ialah untuk Bahasa Inggeris dan Pendidikan Moral.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam