Jumaat, 28 April 2017

Gema Gegar Vaganza Minggu Ke-4 Tahun 2017

Cheras, 28/04/2017 - Saya telah sampai ke Pusat Konvensyen CIDB (Construction Industry Development Board), Kementerian Kerja Raya Malaysia di Kuala Lumpur selepas memandu kereta sejauh kira-kira 21 kilometer dari Kajang. Malam ini, saya menghadiri raptai Gema Gegar Vaganza (GGV) Minggu Ke-4 Tahun 2017.

Saya telah mendapatkan pas masuk untuk menghadiri GGV Minggu Ke-4 malam esok (Sabtu, 29 April 2017) daripada seorang rakan yang bertugas di saluran TV Astro Oasis. Siaran langsung akan disiarkan mulai jam 9:00 malam. GGV bagi musim yang pertama bermula 8 April 2017 hingga 21 Mei 2017. 'Rindu Pada Kedamaian, Rindu Pada Ketenangan'.

GGV adalah pembaharuan dilaksanakan Astro Oasis selepas sedekad bersiaran. Pemilihan dendangan bersifat Islamik dan perlu selari dengan imej saluran ini serta memastikan GGV menepati syariat dengan memantau pengisian rancangan terbabit supaya kekal dengan matlamat asal selain memberi impak dan dapat menarik penonton baharu.

Saya telah mengikuti keseluruhan aktiviti raptai pada malam ini dari awal hingga akhir di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur dan akan datang semula ke sini pada malam esok. Malam ini, saya sempat bertemu dan bergambar dengan rakan-rakan nasyid yang menyertai GGV kali ini. Peserta-peserta untuk pertandingan GGV Minggu Ke-4 ialah Kumpulan Hijjaz, Kumpulan Saujana, Kumpulan UNIC, Kumpulan Mirwana, Hafiz Hamidun, Azmi Saat, Wani dan Ana Raffali.

Tema GGV Minggu Ke-4 ialah Gema Mestika. Hijjaz dengan lagu Ya Maulana (Opick), Saujana dengan lagu Heal The World (Michael Jackson), UNIC dengan lagu Ghazal Untuk Rabiah (Datuk Jamal Abdillah/ Datuk M Nasir), Mirwana dengan lagu Raikan Cinta (Datuk M Nasir), Hafiz Hamidun dengan lagu Nour El Ain (Amr Diab), Azmi Saat dengan lagu I Believe I Can Fly (R Kelly), Wani dengan lagu Kun Anta (Humood Alkhudher) dan Ana Raffali dengan lagu Balqis (Datuk Siti Nurhaliza).

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam