Jumaat, 21 April 2017

Jom Kita Beriadah dan Bersukan

Maksud hadis: Daripada Abu Hurairah r.a. telah berkata: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah. (Riwayat Muslim).

Agama Islam mendidik umatnya untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Jadi, amalan beriadah atau bersukan menjadi sebahagian perkara yang perlu diberi perhatian bagi melahirkan masyarakat cerdas pemikiran dan kuat fizikal.

Umat Islam tanpa mengira usia dan kedudukan wajar memanfaatkan masa terluang dengan melakukan senaman dan bersukan untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan seterusnya dapat menunaikan amal ibadah yang difardhukan dengan sempurna dan penuh khusyuk.

Nabi Muhammad s.a.w. sentiasa mengingatkan umatnya supaya menjaga kesihatan, kuat dan terhindar daripada sebarang penyakit yang memudaratkan. Ini penting kerana kekuatan tenaga dan fizikal akan dapat melahirkan rasa gerun dalam kalangan musuh Islam yang sentiasa mengambil kesempatan untuk melakukan ancaman dan provokasi terhadap umat Islam.

Nabi kita juga sentiasa menunjukkan contoh terbaik kepada para sahabatnya dalam soal ibadah mahupun perkara yang membabitkan kehidupan seharian. Baginda melakukan aktiviti riadah seperti memanah, berkuda, berenang, bergusti dan berlumba lari. Otak yang cerdas datangnya daripada badan yang sihat.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam