Sabtu, 15 April 2017

Restoran Angklung Patin House, Bangi

Bandar Baru Bangi, 15/04/2017 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah pergi ke Restoran Angklung Patin House yang terletak di D-G-12, Jalan BG6, Bangi Gateway 3D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Kali pertama kami berlima pergi ke sini. Ia dibuka setiap hari (kecuali Isnin), 10:00 pagi hingga 10:00 malam.

Sebelum kami makan dan minum tadi, singgah solat Zohor berjemaah terlebih dahulu di surau pusat membeli-belah Bangi Gateway yang terletak berhampiran Persiaran Pekeliling. Kami mendapatkan semula kenderaan untuk ke Angklung Patin House yang terletak berhampiran Persiaran Wawasan. Kami memesan menu 2 set Gulai Tempoyak Ikan Patin bahagian kepala dan ekor (termasuk 2 set nasi putih ulam serta sambal tempoyak) yang berharga RM34.00 (2 set x RM17.00). Tambahan 1 pinggan nasi putih kosong (RM2.00) cukup untuk lima beranak serta 2 pinggan kosong. Minuman sejuk yang kami minum ialah Jus Tembikai (RM4.50), Teh (RM1.60), Milo Susu (RM2.80), Lemon Madu (RM3.50) dan Asam Boi (RM2.00). Ketika sedang makan dan minum, kami memesan pula 1 pinggan Telur Dadar (RM2.00). Kami juga mengambil sendiri 3 bekas Dadih (RM6.00), Puding Raja (RM10.00) dan Sambal Hitam (RM5.00). Saya telah membayar sebanyak RM73.40 untuk harga makanan dan minuman termasuk yang kami bawa pulang ke rumah.

Saya memandu Proton Exora dan kami meninggalkan Angklung Patin House. Di Bandar Baru Bangi, kami melalui Persiaran Wawasan, Persiaran Kemajuan, Persiaran Pusat Bandar 1 dan Persiaran Bangi. Saya meneruskan pemanduan di Jalan Reko melalui pekan Kajang, Jalan Cheras, Persiaran Saujana Impian, Persiaran Impian Perdana dan singgah sebentar ke kedai berhampiran rumah. Jarak perjalanan pulang ialah sejauh kira-kira 15 kilometer sahaja. Kemudian merentasi jalan-jalan di taman perumahan. Akhirnya kami selamat sampai ke rumah di Kajang. Saya sempat solat Asar berjemaah di surau berhampiran taman perumahan kami.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam