Sabtu, 27 Mei 2017

1 Ramadhan 1438 dan Cuti Pertengahan Tahun 2017

Kajang, 27/05/2017 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami berada di rumah sejak pagi tadi. Hari ini merupakan hari pertama umat Islam di Malaysia berpuasa pada bulan Ramadhan. Hari ini ialah hari Sabtu, 1 Ramadhan 1438 bersamaan dengan 27 Mei 2017. Hari ini juga merupakan hari pertama Cuti Pertengahan Tahun Persekolahan bagi tahun 2017 di Selangor. Sekolah akan bercuti selama dua minggu lebih (17 hari) bersambung dengan Cuti Nuzul al-Qur'an di Selangor. Ini bermakna cuti tersebut bermula pada hari Sabtu, 27 Mei 2017 hingga Isnin, 12 Jun 2017.

Azan Subuh pagi tadi telah berkumandang pada jam 5:39 pagi di Kajang dan kawasan yang sewaktu dengannya. Maka bermulalah puasa Ramadhan pada hari pertama tahun 1438 Hijrah. Azan Maghrib pada malam ini pula akan berkumandang pada jam 7:22 malam di Kajang dan kawasan yang sewaktu dengannya. Ia menandakan umat Islam akan berbuka puasa pada waktu tersebut.

Pagi tadi, saya dan isteri telah menunaikan solat Subuh secara berjemaah di Surau Raudhatul Firdaus. Kami menghadiri dan mendengar kuliah Subuh sehingga tamat. Penceramah kuliah Subuh pagi tadi mengulang kaji tajuk-tajuk yang berkaitan dengan puasa Ramadhan.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa. (Surah al-Baqarah: Ayat 183).

Puasa pada bulan Ramadhan merupakan puasa yang wajib dilakukan selama sebulan iaitu selama 29 atau 30 hari. Niat puasa Ramadhan wajib dilakukan pada setiap malam pada bulan tersebut menurut mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali. Waktunya mulai terbenam matahari hingga sebelum terbit fajar pada malam-malam tersebut. Manakala mazhab Maliki pula menyatakan bagi puasa Ramadhan itu, memadai diniatkan sekali sahaja iaitu pada malam pertama dengan niat sebulan penuh. Umat Islam di Malaysia juga harus berniat puasa untuk sebulan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya. Niat sebulan hanya untuk orang yang puasanya tidak putus selama sebulan. Bangun untuk bersahur juga sudah dikira berniat untuk berpuasa.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.