Khamis, 1 Jun 2017

Solat Tarawih 8 Rakaat dan 20 Rakaat

Kajang, 01/06/2017 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami bersahur di rumah sebelum azan Subuh. Azan telah berkumandang pada jam 5:39 pagi tadi dan kami pergi berjalan kaki ke surau berhampiran rumah. Hari ini merupakan hari ke-6 umat Islam di Malaysia berpuasa pada bulan Ramadhan. Hari ini ialah hari Khamis, 6 Ramadhan 1438 bersamaan dengan 1 Jun 2017. Hari ini juga merupakan hari ke-6 Cuti Pertengahan Tahun Persekolahan bagi tahun 2017 di Selangor.

Jom Baca Majalah al-Ustaz (Nombor 62) Muka Surat 95. Ulang Kaji Ramadhan (20 VS 8). SOALAN: Seringkali berlaku perselisihan mengenai bilangan rakaat solat Tarawih di kampung saya sehinggakan ramai yang terkeliru. Sebenarnya berapakah bilangan rakaat solat Tarawih; 20 atau 8? Sebab ada masjid yang hanya melakukan 8 rakaat dan ada pula yang melakukan 20 rakaat.

JAWAPAN: Ada perbezaan pendapat mengenai bilangan rakaat solat Tarawih. Ia sudah pun menjadi barah perpecahan umat Islam apabila masing-masing mendabik dada mengatakan pendapatnya sahaja yang benar.

Dalam mazhab yang empat iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali, jumlah rakaat solat Tarawih ialah 20 rakaat.

Dalilnya ialah perbuatan para sahabat. Umat Islam pada zaman Saidina Umar al-Khattab bersolat Tarawih sebanyak 20 rakaat. Ibnu Abbas menceritakan bahawa Nabi solat Tarawih sebanyak 20 rakaat.

Pendapat yang mengatakan 8 rakaat pula adalah berdasarkan hadis daripada Saidatina Aisyah: "Nabi tidak pernah menambah pada bulan Ramadhan atau bulan selain Ramadhan lebih daripada 11 rakaat. Maka jangan engkau tanya tentang keelokan dan panjangnya." (Riwayat al-Bukhari).

Yang pasti, tidak ada nas dan dalil daripada Nabi tentang bilangannya. Bagi menjamin kesejahteraan dan perpaduan umat, lebih baik jika kedua-dua pendapat ini diterima sebagai asas amalan. Tidak wajar ada tuduh-menuduh dan mengatakan bidaah satu sama lain. Kedua-dua pendapat mengenai bilangan rakaat ini telah pun dilakukan oleh generasi awal Islam.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam