Sabtu, 10 Jun 2017

Iftar Ramadhan Bersama Hijjaz 2017

Shah Alam, 10/06/2017 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah sampai ke IDCC (Ideal Convention Centre), Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15 di ibu negeri Selangor selepas saya memandu kenderaan sejauh kira-kira 43 kilometer dari Kajang. Hari ini ialah hari Sabtu, 10 Jun 2017 bersamaan dengan 15 Ramadhan 1438. Kami datang ke sini kerana menghadiri program Iftar Ramadhan Bersama Hijjaz 2017.

Semua anggota kumpulan Hijjaz telah hadir dalam program ini. Mereka ialah Munif bin Ahmad (Putra Aiman), Isman Nadim bin Isam (Manis Helma), Mohd Faizal bin Osman (Abai Os) dan Muhammad Ariffin bin Ahmad Rahim (Ariffin). Saya mendapat jemputan secara peribadi daripada Abai Os melalui media sosial di internet. RM60.00 untuk seorang dewasa dan RM28.00 untuk seorang kanak-kanak bagi menghadiri program ini. Saya membuat bayaran melalui perbankan Internet untuk dua orang dewasa dan tiga orang kanak-kanak sejak seminggu yang lalu. Saya menempah meja untuk kami berlima bagi merealisasikan impian kumpulan nasyid Hijjaz meraikan peminat mereka pada majlis berbuka puasa di sini, malam ini.

Ideal Convention Centre terletak di sebelah Lebuhraya Persekutuan. Kami sampai ke tempat meletak kenderaan di Tingkat 6 kira-kira jam 6:15 petang. Turun dari Proton Exora, kami berjalan kaki naik setingkat ke atas dan menyemak nama di kaunter pendaftaran. Masuk melalui pintu Dewan 10 dan kami terus ke Meja 11. Combination Band membuat persembahan di dewan. Pengisian program diteruskan dengan zikir, tahlil, doa', azan Maghrib (7:24 malam), berbuka puasa, solat berjemaah, persembahan nasyid daripada kumpulan Hijjaz dan saya juga menerima hadiah cabutan bertuah. Kami bertolak pulang ke Kajang dan sampai di perkarangan rumah tepat jam 11:00 malam.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam