Rabu, 14 Jun 2017

Kopi Munif Hijjaz (Arabic Gum)

Kajang, 14/06/2017 - Anda ingin minum kopi berkhasiat? Ia sedia untuk diminum. Para pelanggan yang berada di sekitar daerah Hulu Langat, Selangor boleh mendapatkan produk Kopi Munif Hijjaz (Arabic Gum) daripada saya Ustaz Jeehan sementara stok masih ada. Telefon atau WhatsApp saya di talian 019-3478217.

Ia bukannya kopi berperisa. Ianya berkhaisat dengan Gula Perang, Gam Arab (Arabic Gum), Barli dan Ubi Bit Merah.

Gam Arab merupakan sumber prebiotik baik untuk usus. Membantu masalah sembelit, gastrik dan membuat rasa kenyang. Barli boleh menyejukkan badan, bersifat anti-oksidan dan mengandungi serat yang tinggi. Ubi Bit Merah mampu membersihkan hati, ginjal dan hampedu. Ia sesuai sebagai bahan detoksifikasi (penyingkiran racun atau toksin daripada sesuatu bahan) dan meneutralkan radikal bebas di dalam tubuh. Ia juga boleh mengatasi anemia (keadaan darah yang kekurangan sel darah merah atau hemoglobin dan menyebabkan penghidapnya berasa lemah). Ubi ini boleh memperbanyakkan sel darah merah.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Dan Kami naungi kamu dengan awan serta Kami turunkan kepadamu "manna" dan "salwa" (makanan manis sebagai madu dan burung sebangsa puyuh). Makanlah daripada makanan yang baik-baik yang telah kami berikan kepadamu. Dan tidaklah mereka menganiayai Kami, akan tetapi merekalah yang menganiayai diri mereka sendiri. (Surah al-Baqarah: Ayat 57).
Tahukah anda bahawa Gam Arab juga dikenali sebagai "manna". Ia adalah makanan yang disebut dalam al-Qur'an dan as-Sunnah untuk kita amalkan.

Saya, isteri dan tiga orang anak kami mula minum Kopi Munif Hijjaz (Arabic Gum) ini pada hari Sabtu, 10 Jun 2017. Kini, saya mula menjualnya pula kepada anda. Harga setakat hari ini ialah RM5.00 sebotol (350 ML).

Pekat Melekat Bikin Terikat Terpikat.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam