Jumaat, 23 Jun 2017

Zakat Emas 28 Ramadhan 1438

Kajang, 23/06/2017 - Hari ini ialah hari Jumaat, 23 Jun 2017 bersamaan dengan 28 Ramadhan 1438. Saya telah membuat pembayaran Zakat Emas dengan menggunakan kad debit di kaunter Lembaga Zakat Selangor (Majlis Agama Islam Selangor), No 13, Jalan Raja Haroun, Kajang antara jam 8:30 pagi hingga jam 9:00 pagi.

Emas yang disimpan dalam apa-apa bentuk sekali pun adalah wajib dizakatkan apabila ia melebihi berat asas nisab iaitu 85 gram. Bagi mendapatkan nilai zakat, ambil semua emas yang disimpan dan timbang. Kemudian darabkan dengan harga emas semasa dan darabkan dengan 2.5 peratus.

Harga emas semasa bagi jenis emas 916 pada hari ini ialah RM167.71 per gram dan jenis emas 999 (995) ialah RM182.91 per gram. Jika anda menyimpan syiling emas sebanyak 4.25 gram dan jongkong emas sebanyak 125 gram selama setahun, nilai zakat yang anda wajib bayar pada hari ini ialah RM589.42 sahaja. Timbangan emas x harga semasa x 2.5% (4.25 gram x RM167.71 = [712.76] x 2.5% = RM17.82) + (125 gram x RM182.91 = [22,863.75] x 2.5% = RM571.60). Nilai zakat emas 916 + nilai zakat emas 999 (995) ialah (RM17.82 + RM571.60 = RM589.42).

Ramadhan 1437 hingga Ramadhan 1438, saya hanya menyimpan dan tidak membuat sebarang urusniaga jual beli emas. Ini bermakna telah cukup haul setahun saya membuat simpanan emas. Tiba masanya ia diwajibkan zakat.

Umat Islam yang hendak melibatkan diri dalam pelaburan emas mesti terlebih dahulu mengetahui urusniaga jual beli emas yang patuh syariah. Pilih perbankan Islam yang ada menawarkan akaun pelaburan emas atau syarikat yang mematuhi kehendak syariah dalam pelaburannya.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam