Petaling Jaya, 29/07/2017 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah sampai ke pusat membeli-belah The Curve, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara selepas singgah solat di surau yang terletak dalam stesen MRT (Mass Rapid Transit) atau Transit Aliran Massa. Kami solat Zohor di surau Stesen Mutiara Damansara.
Kami berlima menaiki tren MRT dari Stesen Sungai Jernih ke Stesen Mutiara Damansara selepas meletak Proton Exora di tempat kenderaan berbayar (RM4.30) dalam bangunan tempat letak kenderaan. Ia masih dibayar secara tunai kerana mesin pembayaran dengan Kad Touch 'n Go belum siap. Semua pengguna tren MRT menikmati tambang separuh harga bermula 18/07/2017 sehingga 31/08/2017.
Tambang MRT boleh dibayar dengan menggunakan Kad Touch 'n Go dan secara tunai bagi mendapatkan token (kepingan plastik berbentuk duit syiling yang digunakan sebagai bayaran untuk menjalankan mesin tertentu sebagai bayaran masuk) bagi menaiki tren MRT. Saya dan isteri menggunakan Kad Touch 'n Go dan anak-anak kami menggunakan token kecuali anak ketiga kami kerana dia tidak dikenakan tambang MRT. Tambang dari Stesen Sungai Jernih ke Stesen Mutiara Damansara untuk saya (RM2.10), isteri (RM2.10), anak sulung (RM1.20), anak kedua (RM1.20) dan anak ketiga (percuma). Ini ialah tambang sehala. Ketika berpatah balik dari Stesen Mutiara Damansara ke Stesen Sungai Jernih, sekali lagi kami membuat bayaran yang sama seperti tadi.
Perlawanan Suka-suki Boling #TeamHijjaz di Ampang superbowl eCurve telah dihadiri oleh peminat-peminat nasyid kumpulan Hijjaz untuk mengeratkan tali perhubungan persahabatan antara kami. Anggota kumpulan Hijjaz yang hadir ialah Munif bin Ahmad (Putra Aiman), Isman Nadim bin Isam (Manis Helma) dan Mohd Faizal bin Osman (Abai Os). Seorang sahaja anggota kumpulan Hijjaz yang tidak dapat hadir iaitu Muhammad Ariffin bin Ahmad Rahim (Ariffin). Saya telah membuat pembayaran sebanyak RM50.00 seawal 16/07/2017 melalui perbankan internet untuk bayaran dua pusingan perlawanan boling dan sehelai baju. Isteri saya dan anak-anak kami cuma menonton dan menjadi penyokong. Kami solat Asar di surau yang terletak dalam bangunan The Curve sementara menunggu program hari ini tamat.
Selepas semuanya selesai, kami berlima pulang daripada perlawanan boling dengan menaiki tren MRT dan turun di stesen sama yang kami mula-mula naik tadi. Azan Maghrib berkumandang ketika kami mendapatkan kenderaan dan saya memandu pulang ke rumah di Kajang.
Sabtu, 29 Julai 2017
Sabtu, 22 Julai 2017
Naik Tren MRT Julai 2017
Cheras, 22/07/2017 - Saya telah memandu kereta ditemani oleh anak ketiga saya melalui Plaza Tol Batu 11 (RM1.30) di Lebuhraya Cheras-Kajang (E7) kerana ada sedikit urusan berkenaan Kad Touch 'n Go. Kami berdua menaiki tren MRT (Mass Rapid Transit) atau Transit Aliran Massa di Stesen Taman Suntex selepas meletak kereta di tempat kenderaan berbayar. Tambang MRT separuh harga masih berkuatkuasa hari ini. Saya menggunakan Kad Touch 'n Go dan mendapat 50 peratus diskaun tambang MRT. Semua pengguna tren MRT menikmati tambang separuh harga bermula 18/07/2017 sehingga 31/08/2017.
Anak ketiga saya tidak dikenakan tambang MRT. Isteri saya dan dua orang anak lagi tidak dapat menyertai kami kerana mereka ada program sekolah hari ini. Kami menaiki tren MRT dari Stesen Suntex dan turun di Stesen Mutiara Damansara (RM1.70). Kami berdua berjalan kaki melalui jejantas yang disediakan untuk sampai ke The Curve, Mutiara Damansara.
Saya dan anak ketiga saya kembali ke stesen MRT. Kami menaiki tren dari Stesen Mutiara Damansara dan turun di Stesen Bukit Bintang (RM1.65). Kami berdua makan shawarma ayam (RM6.00) dan kembali ke stesen MRT. Naik tren dari Stesen Bukit Bintang dan turun di Stesen Taman Suntex (RM1.55). Kami mendapatkan kereta dan saya memandu keluar dari stesen MRT menggunakan Kad Touch 'n Go (RM4.30) serta bertolak pulang ke rumah di Kajang.

Isnin, 17 Julai 2017
MRT SBK Fasa Dua Beroperasi Julai 2017
Kajang, 17/07/2017 - Saya dan isteri mengambil peluang hari pertama ini menaiki tren MRT (Mass Rapid Transit) atau Transit Aliran Massa secara percuma dari Stesen MRT Sungai Jernih yang terletak berhampiran dengan Saujana Impian. Tiga orang anak kami berada di sekolah agama ketika ini. Saya memandu kereta melalui Surau Saujana Impian, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, Tesco Extra Kajang dan Butik Gondola 31 Kajang untuk ke Stesen MRT Sungai Jernih.
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah melancarkan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) Fasa Dua pagi tadi. Mulai jam 4:00 petang hari ini, MRT SBK Fasa Dua dibuka kepada orang ramai. Sebelum dibuka, saya dan isteri sudah sampai ke bangunan tempat letak kenderaan dan berada di stesen MRT Sungai Jernih. Kami berdua merupakan orang paling hadapan berbaris di stesen ini sebelum dibenarkan masuk ke platform. Kami memilih tren yang menuju ke Kuala Lumpur.
Empat gerabak tren MRT yang kami naiki dari Stesen Sungai Jernih melalui beberapa lagi stesen seperti Bukit Dukung, Batu 11 Cheras, Bandar Tun Hussein Onn, Sri Raya, Taman Suntex, Taman Connaught, Taman Mutiara, Taman Midah, Taman Pertama, Maluri, Cochrane dan kami turun di Stesen Tun Razak Exchange iaitu sebuah stesen bawah tanah. Kami berpatah balik ke Kajang untuk pulang kerana anak-anak mesti diambil dari sekolah.
MRT SBK Fasa Satu, MRT SBK Fasa Dua dan jaringan rel bersepadu Lembah Klang akan dihubungkan sepenuhnya mulai jam 6:00 pagi esok. Orang ramai perlu mengambil peluang hari ini menggunakan secara percuma perkhidmatan MRT SBK Fasa Dua dari Stesen Kajang ke Stesen Muzium Negara sehingga tamat waktu perkhidmatan dengan tren terakhir berlepas dari Stesen Kajang pada jam 11:30 malam ini.
Length, 51 kilometre. Number of stations, 31 (1-Sungai Buloh. 2-Kampung Selamat. 3-Kwasa Damansara. 4-Kwasa Sentral. 5-Kota Damansara. 6-Surian. 7-Mutiara Damansara. 8-Bandar Utama. 9-TTDI. 10-Phileo Damansara. 11-Pusat Bandar Damansara. 12-Semantan. 13-Muzium Negara. 14-Pasar Seni. 15-Merdeka. 16-Bukit Bintang. 17-Tun Razak Exchange. 18-Cochrane. 19-Maluri. 20-Taman Pertama. 21-Taman Midah. 22-Taman Mutiara. 23-Taman Connaught. 24-Taman Suntex. 25-Sri Raya. 26-Bandar Tun Hussein Onn. 27-Batu 11 Cheras. 28-Bukit Dukung. 29-Sungai Jernih. 30-Stadium Kajang. 31-Kajang). End-to-end journey time, 84 minutes. Underground Track, 9.5 kilometre (7 stations located along a 9.5 kilometre underground railway system: Muzium Negara, Pasar Seni, Merdeka, Bukit Bintang, Tun Razak Exchange, Cochrane & Maluri).

Sabtu, 1 Julai 2017
Majlis Perkahwinan Azie dan Amin
Tangkak, 01/07/2017 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah menghadiri majlis akad nikah Azie dan Amin di Surau an-Nur Islam, Kampung Sagil Parit 1, Ledang, Johor. Kami juga menghadiri majlis perkahwinan mereka berdua di rumah pihak pengantin perempuan yang terletak di Jalan Jaafar, Kampung Sagil Parit 1. Saya memandu Proton Exora.
Amin merupakan anak saudara kepada isteri saya. Arwah bapa Amin ialah abang kepada isteri saya. Sebenarnya kami sekeluarga telah berada di rumah emak mentua saya sejak malam semalam lagi di Jasin, Melaka. Sebahagian adik-beradik dan saudara-mara di sebelah isteri saya berkumpul di sini sebelum bertolak ke Tangkak, Johor. Sebahagian lagi bertolak dari rumah masing-masing.
Saya, isteri dan tiga orang anak kami serta saudara-mara sempat singgah berehat di homestay yang disewa oleh pihak pengantin lelaki. Juga singgah solat di Masjid Jamek Kampung Sagil Parit 2 yang juga dikenali sebagai Masjid Dato' Haji Abdul Ghani Othman. Dari Johor ke Melaka saya memandu kenderaan masuk ke Lebuhraya Utara Selatan (E2) melalui Plaza Tol Tangkak dan keluar di Plaza Tol Ayer Keroh (RM3.80). Saya meneruskan pemanduan di Lebuh SPA (Sungai Udang - Paya Rumput - Ayer Keroh). Kami menziarahi cikgu Badrol Hisham yang baru bersara sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam, Melaka. Kami pergi ke rumahnya yang terletak di Taman Bertam Setia dan dia tinggal bersama isteri serta dua orang anak lelaki mereka. Dari Melaka ke Negeri Sembilan saya memandu di Lebuh AMJ (Alor Gajah - Melaka Tengah - Jasin) dan masuk ke Lebuhraya Utara Selatan (E2) melalui Plaza Tol Simpang Ampat serta keluar di Plaza Tol Senawang (RM5.60). Kami singgah solat di Surau al-Ikhlas, Taman Bourgainvillea, Jalan Paroi - Senawang dan makan malam di Restoran Kemangi, Jalan Kuala Pilah. Dari Negeri Sembilan ke Selangor saya memandu di Lebuhraya Kajang-Seremban (E21) melalui Plaza Tol Ampangan (RM2.30). Kemudian masuk pula melalui Plaza Tol Setul dan keluar di Plaza Tol Kajang Selatan (RM6.00). Kami pulang ke rumah di Kajang.

Langgan:
Catatan (Atom)
MURAQABAH
- Naib 2007 SMKBBSL.
- Dhabit 2009 SKSS.
- Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
- Naib 2012 SJK(C)B.
- Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
- Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
- Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
- Rais 2017 SKLA (SMKTK).
- Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
- Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.
Pautan Tambahan
- RCC Global (M) Sdn Bhd
- RCC Worldwide (M) Sdn Bhd
- Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd
- Keluarga Ku Bahagia (Kekuba)
- Elektronik Zakat Selangor
- Sign In To Microsoft
- Muat Turun Video Daripada Internet
- Muat Turun Video Daripada Smule
- al-Muqri' (Pengajar Bacaan al-Qur'an}
- Sistem Maklumat Pendidikan Islam JAKIM
- Paparan Gambar Status Trafik Semasa
- Malaysia Highways Live Traffic Cameras
- Indeks Pencemaran Udara - IPU
- Kalkulator - Imperial to Metric
- Android Device Manager
- Nasyid Mp3 Download
- Free Online Games
- UniFi Specialist by TM
- TuneIn (0nline) - IKIM FM
- Live Online Radio - IKIM FM
- Live TV Stereaming - Online TV
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA
- SI2008 (18' x 55') TTD2017 (20' x 65') TJ2021 (20' x 65')
- Tenaga Nasional Berhad (JomPAY)
- Pengurusan Air Pahang (JomPAY)
- Laman Air Selangor (JomPAY)
- Indah Water Konsortium (JomPAY)
- Cukai Taksiran (SI JomPAY & TJ debit card)
- Cukai Taksiran (TTD JomPay)
- Cukai Tanah (SI & TJ)
- Cukai Tanah (TTD fpx)