Sabtu, 29 Julai 2017

Suka-suki Boling #TeamHijjaz eCurve 2017

Petaling Jaya, 29/07/2017 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah sampai ke pusat membeli-belah The Curve, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara selepas singgah solat di surau yang terletak dalam stesen MRT (Mass Rapid Transit) atau Transit Aliran Massa. Kami solat Zohor di surau Stesen Mutiara Damansara.

Kami berlima menaiki tren MRT dari Stesen Sungai Jernih ke Stesen Mutiara Damansara selepas meletak Proton Exora di tempat kenderaan berbayar (RM4.30) dalam bangunan tempat letak kenderaan. Ia masih dibayar secara tunai kerana mesin pembayaran dengan Kad Touch 'n Go belum siap. Semua pengguna tren MRT menikmati tambang separuh harga bermula 18/07/2017 sehingga 31/08/2017.

Tambang MRT boleh dibayar dengan menggunakan Kad Touch 'n Go dan secara tunai bagi mendapatkan token (kepingan plastik berbentuk duit syiling yang digunakan sebagai bayaran untuk menjalankan mesin tertentu sebagai bayaran masuk) bagi menaiki tren MRT. Saya dan isteri menggunakan Kad Touch 'n Go dan anak-anak kami menggunakan token kecuali anak ketiga kami kerana dia tidak dikenakan tambang MRT. Tambang dari Stesen Sungai Jernih ke Stesen Mutiara Damansara untuk saya (RM2.10), isteri (RM2.10), anak sulung (RM1.20), anak kedua (RM1.20) dan anak ketiga (percuma). Ini ialah tambang sehala. Ketika berpatah balik dari Stesen Mutiara Damansara ke Stesen Sungai Jernih, sekali lagi kami membuat bayaran yang sama seperti tadi.

Perlawanan Suka-suki Boling #TeamHijjaz di Ampang superbowl eCurve telah dihadiri oleh peminat-peminat nasyid kumpulan Hijjaz untuk mengeratkan tali perhubungan persahabatan antara kami. Anggota kumpulan Hijjaz yang hadir ialah Munif bin Ahmad (Putra Aiman), Isman Nadim bin Isam (Manis Helma) dan Mohd Faizal bin Osman (Abai Os). Seorang sahaja anggota kumpulan Hijjaz yang tidak dapat hadir iaitu Muhammad Ariffin bin Ahmad Rahim (Ariffin). Saya telah membuat pembayaran sebanyak RM50.00 seawal 16/07/2017 melalui perbankan internet untuk bayaran dua pusingan perlawanan boling dan sehelai baju. Isteri saya dan anak-anak kami cuma menonton dan menjadi penyokong. Kami solat Asar di surau yang terletak dalam bangunan The Curve sementara menunggu program hari ini tamat.

Selepas semuanya selesai, kami berlima pulang daripada perlawanan boling dengan menaiki tren MRT dan turun di stesen sama yang kami mula-mula naik tadi. Azan Maghrib berkumandang ketika kami mendapatkan kenderaan dan saya memandu pulang ke rumah di Kajang.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.