Khamis, 28 September 2017

Ceramah Ma'al Hijrah 1439 di SKTP 2017

Cheras, 28/09/2017 - Panitia Pendidikan Islam, Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP) telah mengadakan Program Awal Muharram tahun ini di dewan sekolah. Hari ini ialah hari Khamis, 28 September 2017 bersamaan dengan 7 Muharram 1439. Saya telah menyampaikan ceramah Ma'al Hijrah pagi tadi di SKTP. Tema sambutan Ma'al Hijrah 1439 ialah 'Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara'. Ia juga merupakan tema sambutan di peringkat kebangsaan.

Semua murid Pendidikan Islam Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 yang hadir ke sekolah terlibat dengan program pagi tadi. Saya menyampaikan ceramah menggunakan bahan-bahan yang disediakan sendiri. Saya menggunakan komputer riba persendirian yang disambungkan kepada projektor sekolah dan dipancarkan ke skrin besar. Nasyid Ma'al Hijrah dinyanyikan bersama-sama dengan paparan video dan audio. Gambar peta penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w ditunjukkan kepada murid-murid.

Muharram merupakan bulan pertama dalam Islam dan saya menerangkan maksudnya. Hijrah mestilah kerana Allah seperti yang dibuktikan di dalam Surah an-Nisak: Ayat 100 dan Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi setiap seorang apa yang dia niatkan. Maka sesiapa adalah hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa hijrahnya kerana dunia yang dia akan memperolehinya atau perempuan yang dia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang dia berhijrah kepadanya itu. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Saya juga memaparkan kepada murid-murid berkenaan wajah-wajah orang yang telah berhijrah daripada perkara yang kurang baik kepada  perkara yang lebih baik. TV al-Hijrah juga merupakan contoh TV Islam terbaik setakat ini.

Peristiwa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dari Kota Mekah ke Kota Madinah juga saya paparkan dalam bentuk video kartun atau animasi supaya murid-murid lebih faham. Video sedutan daripada filem turut dipaparkan mengenai sambutan yang meriah terhadap Nabi Muhammad s.a.w. apabila tiba di Madinah. Gambar-gambar saya dan keluarga ketika mengerjakan umrah pun ditunjukkan kepada mereka. Banyak video nasyid berkenaan hijrah itu pengorbanan saya perdengarkan untuk ceramah pada kali ini.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.