Ahad, 1 Oktober 2017

Tonton Perlumbaan GP F1 PETRONAS Malaysia 2017

Sepang, 01/10/2017 - Saya telah sampai ke Litar Antarabangsa Sepang kira-kira jam 10:00 pagi bagi menyaksikan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) PETRONAS Malaysia 2017 yang bertemakan 'F1NALE'. Saya sempat menonton tiga perlumbaan kereta yang lain di litar sebelum perlumbaan F1 bermula pada jam 3:00 petang. GP F1 PETRONAS Malaysia 2017 diadakan pada 29 dan 30 September serta 1 Oktober (Jumaat, Sabtu dan Ahad). Tahun 1999 hingga 2017, Malaysia menjadi penganjur perlumbaan antarabangsa berprestij ini. Tahun 2017 merupakan penganjuran kali terakhir di Litar Antarabangsa Sepang. Sehari sebelum hari perlumbaan sebenar, saya telah pergi ke Suria Kuala Lumpur City Centre dan membeli sekeping tiket F Grandstand yang berharga RM160.50 + RM9.18 (GST 6%) = RM169.68 bagi meraikan 19 tahun penganjuran F1 di negara ini. Saya juga membeli sehelai baju pasukan PETRONAS.

Saya bertolak dari rumah di Kajang pada waktu pagi. Saya telah memandu kereta merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Saya meneruskan pemanduan di Persiaran Saujana Impian dan terus bersambung dengan jalan pintasan Kajang-Semenyih. Kemudian, saya memandu kereta di Lebuhraya Kajang-Seremban (E21) masuk melalui Plaza Tol Kajang Selatan dan keluar melalui Plaza Tol Pajam (RM3.40). Saya keluar dari lebuh raya dan memandu pula di Jalan Pajam-Nilai-Salak serta termasuk ke Jalan Emas. Terus ke Jalan Perak, Persiaran Pusat Bandar, Persiaran Negeri dan membelok ke Jalan Besar Salak (Pekan Salak). Masuk ke Jalan Kauters KLIA, Jalan Pekeliling dan sampai ke pintu utama Litar Antarabangsa Sepang. Saya meletakkan kereta di Bay 2 (RM50.00). Jarak perjalanan dari rumah ke sini ialah sejauh kira-kira 47 kilometer sahaja.

Saya masuk ke kawasan litar melalui pintu utama terlebih dahulu dan singgah ke tandas sebelum pergi ke F Grandstand berhampiran Turn 7 (Selekoh 7). Selepas menyaksikan tiga kategori perlumbaan kereta bukan F1, saya pergi ke tandas, solat Zohor di surau, beli nasi putih ayam kunyit (RM15.00), laici lemon ais (RM6.00) dan kembali ke tempat duduk di F Grandstand. Makan dan minum sementara menunggu perlumbaan F1. Jam 3:00 petang bermula perlumbaan kenderaan F1 dengan satu pusingan ke petak mula. Juara F1 hari ini telah menamatkan perlumbaan kira-kira jam 4:30 petang setelah melengkapkan 56 pusingan dengan jayanya. Jarak litar untuk satu pusingan ialah 5.543 kilometer dan mempunyai 15 selekoh. Max Verstappen (Red Bull Racing) muncul juara, Lewis Hamilton (Mercedes AMG PETRONAS) kedua dan Daniel Ricciardo (Red Bull Racing) ketiga.

Litar perlumbaan dibuka kepada orang ramai selepas tamat saingan F1. Saya turut berada di tengah-tengah litar lumba. Pergi ke surau berhampiran pintu utama, solat Asar, lihat pameran kereta-kereta F1 pasukan PETRONAS dan pergi ke tandas sebelum keluar mendapatkan kereta di tempat parkir.

Saya bertolak pulang dari Litar Antarabangsa Sepang. Kesesakan jalan raya berlaku di Jalan Pekeliling, Jalan Kauters KLIA dan Jalan Besar Salak (Pekan Salak). Saya membelok ke Jalan Pajam-Nilai-Salak (tidak melalui Bandar Baru Nilai yang dilalui semasa perjalanan pergi tadi) dan jimat kira-kira 4 kilometer perjalanan. Jalan ini tiada kesesakan. Saya singgah ke tandas, surau (solat Maghrib) dan beli makanan serta minuman (RM10.90) di PETRONAS Pekan Nilai. Meneruskan perjalanan. Kemudian, saya memandu kereta di Lebuhraya Kajang-Seremban (E21) masuk melalui Plaza Tol Pajam dan keluar melalui Plaza Tol Kajang Selatan (RM3.40). Saya keluar dari lebuh raya dan memandu pula di jalan pintasan Kajang-Semenyih yang terus bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Saya membelok ke Persiaran Impian Perdana, memandu kereta merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya sampai ke rumah. Jarak perjalanan pulang ialah sejauh kira-kira 43 kilometer sahaja.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.