Khamis, 19 Oktober 2017

Percutian ke Perak 2017

Lumut, 19/10/2017 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami menginap di Swiss-Court Holiday Apartments (Swiss-Garden International Vacation Club - SGI VC), A-01-03A, Hala Damai 3, Jalan Damai Laut off Jalan Teluk Senangin, 32200 Lumut, Perak selama 3 hari 2 malam. Hadiah percuma daripada SGI VC + RM100 (deposit). Ia sebuah pangsapuri (Blok A - Tingkat 1 - Nombor 3A) yang mempunyai sebuah bilik tidur, sebuah ruang tamu bersama ruang dapur, sebuah tandas (bilik air), sebuah stor serta balkoni (anjung kecil pada tingkat atas rumah bertingkat), tempat mengambil angin dan sebagainya. Bangunan pangsapuri yang terdiri daripada 4 tingkat.

Selasa, 17 Oktober 2017 (hari pertama). Saya, isteri dan tiga orang anak kami bertolak dari rumah di Kajang pada jam 9:25 pagi. Saya memandu Proton Exora melalui Plaza Tol Batu 11 (RM1.30) di Lebuhraya Cheras-Kajang (E7), Jalan Cheras, Jalan Pudu, Jalan Hang Tuah, Jalan Dewan Bahasa, Jalan Istana, Jalan Damansara dan Jalan Tuanku Abdul Halim di Kuala Lumpur. Masuk ke Lebuhraya Utara Selatan/ PLUS (E1) melalui Plaza Tol Jalan Duta. Saya memandu sehingga berhenti sebentar kira-kira 15 minit di Hentian Sebelah Ladang Bikam. Kami meneruskan perjalanan dan keluar dari PLUS E1 melalui Plaza Tol Bidor menggunakan laluan kad Touch 'n Go. Bayaran tol ialah sebanyak RM17.60 dari Plaza Tol Jalan Duta ke Plaza Tol Bidor. Kami melalui pekan Bidor dan masuk ke Jalan Teluk Intan - Bidor serta Jalan Changkat Jong yang kembali bersambung dengan Jalan Teluk Intan - Bidor. Kami sampai ke Jambatan Sultan Yusuf tetapi ia ditutup. Ia merupakan jambatan yang menghubungkan Teluk Intan dan Manjung di Kilometer 8, Jalan Maharajalela. Saya turun dari kenderaan dan bertanya kepada beberapa orang pekerja yang berada di situ. Mereka membantu saya dengan memberikan arah jalan yang lain untuk ke Lumut. Saya berpatah balik dari Jambatan Sultan Yusuf, kembali semula ke jalan berhampiran Fakulti Perubatan Universiti Teknologi MARA (Majlis Amanah Rakyat) dan masuk ke Jalan Teluk Intan (kira-kira 30 kilometer pergi dan balik). Kami berhenti solat di Masjid as-Sa'adah, Kampung Bahagia, Teluk Intan. Saya meneruskan pemanduan menuju ke Lumut di Jalan Teluk Intan melalui Kampung Gajah, Lambor Kanan, Bota Kanan, Jalan Changkat Jering - Seri Manjung - Kampung Koh, Jalan Teluk Senangin, Jalan Damai Laut, Persiaran Swiss-Garden dan akhirnya sampai ke Penerimaan Lobi (Lobby Reception) pada jam 4:15 petang. Saya telah memandu kenderaan sejauh 321.5 kilometer (ia lebih jauh daripada biasa mengikut perancangan awal kerana penutupan jambatan di Teluk Intan). Selesai urusan penginapan, saya dan anak-anak mandi di kolam yang terletak di Swiss-Court Holiday Apartments. Kami bersiap diri dan keluar makan malam di Kedai Makan Mee Udang Laut yang terletak tidak jauh dari simpang Jalan Teluk Senangin. Kemudian kembali ke pangsapuri di tempat kami bermalam.

Rabu, 18 Oktober 2017 (hari kedua). Kami bersarapan di pangsapuri. Hari masih pagi, saya mamandu kenderaan membawa isteri dan tiga orang anak kami ke "Jetty Complex". Bayaran tempat meletak kenderaan (RM15.00). Bayaran tiket feri pergi dan balik untuk saya (RM14.00), isteri (RM14.00), anak sulung (RM14.00), anak kedua (RM5.00) dan anak ketiga (RM5.00). Kami menaiki feri di Jeti Marina Island dan turun di Jeti Pangkor Island untuk ke Pulau Pangkor dengan masa perjalanan selama 10 minit sahaja. Di pekan Pangkor, saya menyewa kereta sewa iaitu sebuah van Toyota Hiace merah jambu (ADA 5475) yang dipandu oleh Encik Syuaib bin Ismail (012-5780917). Ada tempat yang kami lalu sahaja dan ada tempat yang kami turun ke lokasi sambil diberi penerangan oleh pemandu van. Dari pekan Pangkor kami pergi ke Kampung Masjid, Kampung Teluk Kecil, Kampung Teluk Gedung, Kota Belanda, Batu Bersurat, Masjid al-Badr (Masjid Terapung) dan berpatah balik ke pekan Pangkor. Pergi ke Galeri Pangkor, Sungai Pinang Besar, Tokong Cina Buddha (Fu Lin Kong), Sungai Pinang Kecil, Kilang Sate Eng Seng Pangkor Foods Industry & Trading, Kampung Ujung Kelawai, Teluk Cempedak, Teluk Dalam, Lapangan Terbang Pangkor dan Teluk Nipah. Kami berhenti lebih lama di Teluk Nipah kerana makan tengah hari di tepi pantainya. Antara menu istimewa ialah rojak ketam, nasi lemak sotong dan cucur udang. Azan berkumandang ketika sampai ke surau dan kami singgah solat. Hari sudah petang, berjalan-jalan lagi, membeli-belah serta minum-minum sebelum kembali menaiki van melalui Teluk Ketapang, Pasir Bogak, Kampung Tengah, Kampung Haji Hussin dan sampai semula ke pekan Pangkor. Turun dari van merah jambu dengan bayaran RM80.00 dan sempat bersiar-siar di pekan ini. Kami menaiki feri di Jeti Pangkor Island dan turun di Jeti Marina Island. Minum-minum dan kembali memandu kenderaan sendiri. Kami pergi ke Terminal Jeti Lumut tetapi tidak turun dari kenderaan. Tujuannya cuma ingin melihat jeti yang juga untuk ke Pulau Pangkor tetapi jaraknya lebih jauh berbanding Jeti Marina Island. Dalam perjalanan pulang ke pangsapuri, singgah ke kedai membeli barang-barang keperluan termasuk makanan. Sampai di tempat penginapan, saya dan dua orang anak yang lelaki sahaja mandi di kolam. Pulang bersiap diri dan makan malam di pangsapuri.

Khamis, 19 Oktober 2017 (hari ketiga). Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di Perak. Kami pergi ke Perak kali ini kerana bercuti. Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah berada kira-kira 3 hari 2 malam di negeri ini. Sistem Kedudukan Sejagat/ GPS (Global Positioning System) yang saya miliki banyak membantu perjalanan kami di lebuh raya, jalan raya dan jalan laut.

Percutian kali ini ialah sempena Cuti Deepavali mulai hari Sabtu, 14 Oktober 2017 hingga hari Ahad, 22 Oktober 2017.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam

Pengikut Saya

Madaris

Naib 2007 SMKBBSL.
Dhabit 2009 SKSS.
Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
Naib 2012 SJK(C)B.
Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
Rais 2017 SKLA (SMKTK).
Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).