Selasa, 31 Oktober 2017

CRK dan Majlis Konvokesyen Sarjana Pendidikan 2017

Bangi, 31/10/2017 - Saya, isteri dan emak mentua saya telah menghadiri Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ke-45 (Sidang 6) di Dewan Tun Abdul Razak (DECTAR). Isteri saya berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana (Master) Pendidikan dalam bidang Kurikulum dan Pedagogi.

Saya dan isteri mengambil CRK (Cuti Rehat Khas) dari sekolah masing-masing. Kami dan emak mentua saya menghantar tiga orang anak kami ke Sekolah Kebangsaan sesi pagi awal-awal lagi. Kami bertiga meletakkan kenderaan di Dataran Gemilang UKM dan menaiki bas yang disediakan ke DECTAR.

Isteri saya sebagai graduan (mahasiswi yang menerima ijazah pada masa konvokesyen) masuk ke dewan melalui Pintu B. Saya dan emak mentua saya masuk ke dewan melalui Pintu A. Majlis penyampaian ijazah tamat pada waktu tengah hari. Kami bertiga keluar dari DECTAR dan bertemu dengan cucu perempuan kepada emak mentua saya (anak saudara perempuan kepada isteri saya). Dia ialah bakal graduan di peringkat Sarjana daripada Universiti Putra Malaysia. Emak mentua saya memakai topi dan jubahnya untuk bergambar bersama-sama kami.

Kami berempat minum-minum terlebih dahulu sebelum menaiki bas yang disediakan untuk ke Dataran Gemilang. Naik kenderaan masing-masing dan bergerak ke destinasi yang berbeza. Kami bertiga mengambil anak-anak dari Sekolah Kebangsaan dan pulang ke rumah.

Saya, isteri dan emak mentua saya menghantar tiga orang anak kami ke Sekolah Agama sesi petang. Kami bertiga singgah ke restoran dan pulang ke rumah.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.