Rabu, 1 November 2017

Berkawan Dalam Talian Rangkaian Sosial

Sebuah rangkaian sosial adalah tempat dalam talian di mana pengguna mencipta sebuah profil dan membina rangkaian peribadi yang menyambungkan dirinya tidak kira lelaki atau perempuan kepada pengguna lain. Kita mesti tahu untuk menggunakan laman perangkaian sosial secara selamat dan positif.

Ketika menggunakan pelbagai jenis komputer yang bersambung dengan talian internet, jangan dedahkan terlalu banyak maklumat tentang diri kita dalam ruangan Profil Anda (Your Profile). Berhati-hati ketika berkomunikasi dengan individu yang baru kita temui dalam internet, terutama apabila orang itu bertanya hal-hal peribadi. Ambil orang yang kita kenal secara peribadi sahaja sebagai rakan atau kawan. Buangkan sebarang mesej daripada individu yang menulis komen yang tidak sesuai. Periksa perundangan mengenai rangkaian sosial seperti media sosial Facebook sebelum menggunakannya untuk berkawan. Jangan pos maklumat mengenai rakan kita kerana ia boleh membahayakan mereka.

Pilih nama gelaran (nickname) yang tidak mendedahkan nama sebenar kita. Jangan pos gambar yang mendedahkan diri sendiri kepada bahaya. Jangan bertemu dengan orang yang kita jumpa dalam internet jika kita tidak tahu siapa mereka. Jika ada individu yang melakukan komen yang jahat, lucah atau memalukan, halang mereka. Jika hendak bertemu dengan rakan internet, bertemulah di tempat terbuka dan berjumpa secara beramai-ramai.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.