Putrajaya, 12/11/2017 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah pergi ke taman-taman di Putrajaya. Kami banyak kali pergi ke Putrajaya kerana ia terletak tidak jauh dari Kajang. Cuma hari ini kami sempat singgah ke Taman Putra Perdana, Taman Botani dan Taman Wetland.
Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia. Ia merupakan destinasi pelancongan yang sering menjadi tumpuan warga kota meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan kerana lokasinya yang begitu dekat dengan Kuala Lumpur. Pusat pentadbiran kerajaan ini dikenali sebagai Bandar Dalam Taman dan mempunyai banyak taman yang sering menjadi tumpuan pengunjung dari kalangan rakyat tempatan serta pelancong dari luar negara.
Taman-taman di Putrajaya yang harus kita lawati ialah Taman Putra Perdana, Taman Botani, Taman Wetland, Taman Rimba Alam, Taman Warisan Pertanian, Taman Saujana Hijau, Taman Wawasan dan Taman Seri Empangan.
Jarak perjalanan dari rumah kami di Kajang ke Putrajaya ialah kira-kira 21 kilometer sahaja jika merentasi jalan-jalan di taman perumahan serta melalui Persiaran Impian Perdana, Persiaran Saujana Impian, Lebuhraya Cheras-Kajang (E7), Lebuhraya Kajang SILK (E18), Plaza Tol Sungai Balak - E18 (RM1.80), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (E26), Persiaran Utara, Persiaran Persekutuan dan Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (bulatan jalan terbesar di dunia).
Di Taman Putra Perdana terdapat Plaza Mercu Tanda, Laman Megalit, air terjun, alat-alat senaman, taman permainan dan lain-lain. Di Taman Botani terdapat Astaka Marocco, pelbagai jenis tumbuhan, taman tasik dan lain-lain. Di Taman Wetland terdapat Kolam Flamingo, Padang Semarak, tapak perkhemahan, menara tinjau dan lain-lain.
MURAQABAH
- Naib 2007 SMKBBSL.
- Dhabit 2009 SKSS.
- Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
- Naib 2012 SJK(C)B.
- Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
- Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
- Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
- Rais 2017 SKLA (SMKTK).
- Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
- Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.
Pautan Tambahan
- RCC Global (M) Sdn Bhd
- RCC Worldwide (M) Sdn Bhd
- Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd
- Keluarga Ku Bahagia (Kekuba)
- Elektronik Zakat Selangor
- Sign In To Microsoft
- Muat Turun Video Daripada Internet
- Muat Turun Video Daripada Smule
- al-Muqri' (Pengajar Bacaan al-Qur'an}
- Sistem Maklumat Pendidikan Islam JAKIM
- Paparan Gambar Status Trafik Semasa
- Malaysia Highways Live Traffic Cameras
- Indeks Pencemaran Udara - IPU
- Kalkulator - Imperial to Metric
- Android Device Manager
- Nasyid Mp3 Download
- Free Online Games
- UniFi Specialist by TM
- TuneIn (0nline) - IKIM FM
- Live Online Radio - IKIM FM
- Live TV Stereaming - Online TV
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA
- SI2008 (18' x 55') TTD2017 (20' x 65') TJ2021 (20' x 65')
- Tenaga Nasional Berhad (Quick Pay)
- Pengurusan Air Pahang
- Laman Air Selangor
- Indah Water Konsortium
- Cukai Tanah Pahang
- Cukai Taksiran (MDL)
- Cukai Tanah Selangor
- Cukai Taksiran (MPKj) e-Bayar