Port Dickson, 27/11/2017 - Saya dan tiga orang rakan guru dari Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP), Cheras, Hulu Langat, Selangor menginap di Bilik 219, Hotel Seri Malaysia, Lot PT 49, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan selama 3 hari 2 malam. Ia sebuah bilik berempat dengan dua buah katil kelamin dan sebuah tandas (bilik air). Kami seramai 28 orang guru dan kakitangan sekolah menghadiri Mesyuarat Pengurusan Takwim SKTP 2018 di bilik seminar (Kemang 2).
Sabtu, 25 November 2017 (hari pertama). Saya bertolak dari rumah di Kajang selepas solat Asar berjemaah di surau berhampiran rumah. Isi petrol dahulu di sebuah stesen Petronas. Saya memandu kereta di jalan raya, Lebuhraya Kajang-Seremban (E21) dan Lebuhraya Seremban-Port Dickson (E29). Sampai di perkarangan hotel dan tidak lama kemudian azan Maghrib dilaungkan pada jam 7:00 malam. Saya mendaftar masuk ke hotel dan masuk ke Bilik 219 di tingkat 2. Bagi menunaikan solat, surau ada disediakan di tingkat 1. Mesyuarat dimulakan di bilik seminar dengan Mesyuarat Guru dan Mesyuarat Unit Kurikulum.
Ahad, 26 November 2017 (hari kedua). 12:00 tengah malam baru keluar dari bilik seminar. Saya serta beberapa orang rakan guru pergi makan dan minum di Restoran Anak Bapak Corner, Batu 4, Jalan Pantai. Pulang ke hotel untuk bermalam. Bangun solat dan berkemas diri. Kami bersarapan di Cafe' Teluk Kemang, berehat dan meneruskan mesyuarat di Kemang 2. Mesyuarat Unit Hal Ehwal Murid, Mesyuarat Unit Kokurikulum dan Mesyuarat Sekolah Kluster Kecemerlangan. Makan tengah hari, solat berjemaah di surau dan berehat. Kemudian diteruskan dengan Bengkel Pengurusan Takwim 2018. Minum petang, rehat dan aktiviti bengkel disambung semula. Tamat mesyuarat dan bengkel. Saya dan beberapa orang rakan mandi di kolam yang terletak di tengah-tengah kawasan hotel. Solat berjemaah di surau dan berehat. Program malam ini diteruskan dengan Majlis Anugerah Kualiti SKTP dan jamuan akhir tahun di Foyer Teluk Kemang. Kemudian, saya dan beberapa orang rakan bersiar-siar di tepi pantai yang terletak di seberang jalan tidak jauh dari kawasan hotel. Pulang ke hotel untuk bermalam.
Isnin, 27 November 2017 (hari ketiga). Kami bersarapan seperti semalam di tempat sama, berehat dan masuk ke bilik seminar untuk perbincangan, rumusan dan majlis penutupan. Program tamat pada jam 12:30 tengah hari. Kami mendaftar keluar dari hotel dan mendapatkan kenderaan masing-masing. Saya memandu kereta dan beredar meninggalkan kawasan hotel untuk bertolak pulang ke rumah.
Perjalanan pulang saya dari Hotel Seri Malaysia, Port Dickson ke rumah di Kajang ialah sejauh kira-kira 78.5 kilometer sahaja. Saya memandu kereta di Jalan Pantai, Persiaran Pahlawan dan Lebuhraya Seremban-Port Dickson (E29). Berhenti di Kawasan Rehat Mambau dan azan Zohor berkumandang pada jam 1:02 petang. Singgah solat di surau serta makan dan minum. Makanan dari gerai nombor 8, Zanita Selera Kampung ialah Nasi Putih, Gulai Lemak Sembilang Salai/ Rebung, Taugeh (RM5.50) dan minuman dari gerai nombor 9, Warigh Den Cafe' ialah Teh O Panas (RM1.30). Perjalanan diteruskan melalui Plaza Tol Mambau - E29 (RM3.20), Jalan Rasah, Jalan Tuanku Antah (bandar Seremban), Jalan Dato' Bandar Tunggal, Jalan Tun Dr Ismail, Lebuhraya Kajang-Seremban (E21), dari Plaza Tol Setul ke Plaza Tol Kajang Selatan - E21 (6.00), Pintasan Kajang-Semenyih, Persiaran Saujana Impian, Persiaran Impian Perdana, merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah.
MURAQABAH
- Naib 2007 SMKBBSL.
- Dhabit 2009 SKSS.
- Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
- Naib 2012 SJK(C)B.
- Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
- Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
- Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
- Rais 2017 SKLA (SMKTK).
- Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
- Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.
Pautan Tambahan
- RCC Global (M) Sdn Bhd
- RCC Worldwide (M) Sdn Bhd
- Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd
- Keluarga Ku Bahagia (Kekuba)
- Elektronik Zakat Selangor
- Sign In To Microsoft
- Muat Turun Video Daripada Internet
- Muat Turun Video Daripada Smule
- al-Muqri' (Pengajar Bacaan al-Qur'an}
- Sistem Maklumat Pendidikan Islam JAKIM
- Paparan Gambar Status Trafik Semasa
- Malaysia Highways Live Traffic Cameras
- Indeks Pencemaran Udara - IPU
- Kalkulator - Imperial to Metric
- Android Device Manager
- Nasyid Mp3 Download
- Free Online Games
- UniFi Specialist by TM
- TuneIn (0nline) - IKIM FM
- Live Online Radio - IKIM FM
- Live TV Stereaming - Online TV
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA
- SI2008 (18' x 55') TTD2017 (20' x 65') TJ2021 (20' x 65')
- Tenaga Nasional Berhad (Quick Pay)
- Pengurusan Air Pahang
- Laman Air Selangor
- Indah Water Konsortium
- Cukai Tanah Pahang
- Cukai Taksiran (MDL)
- Cukai Tanah Selangor
- Cukai Taksiran (MPKj) e-Bayar