Jumaat, 1 Disember 2017

Majlis Perkahwinan Hidayah dan Adam

Selangor, 01/12/2017 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah bermalam di rumah abang ipar (abang kepada isteri saya) di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang. Waktu pagi, beberapa buah keluarga termasuk emak mentua saya bertolak dari Bandar Sultan Sulaiman pergi pula ke rumah adik ipar (adik kepada isteri saya) di Sementa, Klang. Kami seramai sepuluh orang dewasa dan tujuh orang kanak-kanak bertolak dari Klang ke Seri Manjung dengan empat buah kenderaan. Ford Ranger (Klang), Perodua Bezza (Bangi), Proton Suprima (Pelabuhan Klang) dan Proton Exora (Kajang). Kami memandu kenderaan masing-masing melalui Kapar, Jeram, Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sekinchan, Pasir Panjang dan Sungai Besar. 

Perak, 01/12/2017 - Beberapa minit sebelum azan Zohor (Jumaat) dilaungkan, kami telah sampai ke Masjid al-Aula, Simpang Empat, Hutan Melintang. Berhenti solat dan meneruskan perjalanan ke Teluk Intan. Jambatan Sultan Yusuf masih ditutup. Kami meneruskan pemanduan di Jalan Teluk Intan melalui Kampung Bahagia, Kampung Sungai Manik, Kampung Gajah, Lambor Kanan, Bota Kanan, Bota Kiri dan akhirnya sampai ke Seri Manjung. Saya telah memandu sejauh kira-kira 240 kilometer ketika sampai ke Surau Nurul Iman, Fasa 3A, Seri Manjung serta menghadiri majlis akad nikah Hidayah dan Adam di surau tersebut. Adam merupakan anak saudara kepada isteri saya. Arwah bapa Adam ialah abang kepada isteri saya. Kami daripada rombongan pengantin lelaki juga menghadiri jamuan makan dan minum di rumah pengantin perempuan yang terletak tidak jauh dari kawasan surau. Kenduri perkahwinan mereka berdua akan diadakan pada hari esok di tempat sama. Azan Maghrib berkumandang dan kami kembali ke Surau Nurul Iman bagi menunaikan solat. Saya memandu Proton Exora dan membawa rombongan keluarga ke homestay yang terletak di Nombor 57, Fasa 2F, Jalan SM 5A/4, 32040 Seri Manjung, Perak. Ia merupakan sebuah rumah teres setingkat yang mempunyai tiga buah bilik tidur, sebuah ruang tamu, sebuah ruang dapur, dua buah tandas (bilik air), sebuah stor serta kawasan yang luas muat untuk tempat meletak empat buah kenderaan (Bezza, Exora, Suprima dan Ranger). Kami seramai 17 orang bermalam di sini untuk satu malam (RM160.00).

Hari ini ialah hari Jumaat, 1 Disember 2017 bersamaan dengan 12 Rabiu'l Awwal 1439 merupakan hari majlis akad nikah Hidayah dan Adam. Esok pula ialah hari Sabtu, 2 Disember 2017 bersamaan dengan 13 Rabiu'l Awwal 1439 merupakan hari kenduri perkahwinan mereka.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.