Shah Alam, 13/01/2018 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah sampai ke Stadium Malawati sebelum masuk waktu Asar. Kami turun dari Proton Exora setelah meletakkan kenderaan berkenaan di kawasan parkir.
Kami bertolak dari rumah di Kajang pada waktu petang. Saya memandu kenderaan merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Saya meneruskan pemanduan di Persiaran Saujana Impian dan terus bersambung dengan Lebuhraya Cheras-Kajang (E7) serta melalui Plaza Tol Batu 11 (RM1.30). Kemudian, saya memandu kenderaan di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (E37) dan Lebuhraya Persekutuan serta melalui Plaza Tol Batu Tiga (percuma sejak 01/01/2018). Saya memandu keluar dari lebuhraya melalui Jalan Subang, Persiaran Sukan, Bulatan Kayangan, Persiaran Sukan dan masuk ke kawasan Stadium Malawati, Seksyen 13. Jarak perjalanan dari rumah ke sini ialah sejauh 42 kilometer sahaja.
Sempena Anugerah Nasyid 2017, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sedang menganjurkan karnival pada 12, 13 dan 14 Januari 2018 (Jumaat, Sabtu dan Ahad) bertempat di Perkarangan Stadium Malawati, Shah Alam. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi karnival selama tiga hari ini. Masuk adalah percuma.
Pelbagai aktiviti menarik sedang diadakan. Antaranya ialah Segmen Konti ke Pentas (Tarbiyah dan Mau'izati), Forum Sains dan Islam, Ekspo Pameran dan Jualan, Aktiviti Memanah, Penampilan Pemenang Anugerah Nasyid 2017, penampilan istimewa Maskot Didi & Friends juga Omar dan Hana, pertandingan melukis dan mewarna serta banyak lagi.
Karnival Mahabbah IKIM Selangor 2018 telah bermula pada petang Jumaat dan akan berakhir pada petang Ahad. Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah pergi ke sini petang tadi (petang Sabtu). Mulai jam 9:00 malam, Anugerah Nasyid 2017 diadakan di Stadium Malawati. Ia sedang berlangsung ketika saya menerbitkan catatan ini. Bagi sesiapa yang berada di rumah atau di mana sahaja, boleh mendengar secara langsung di radio IKIMfm, menonton dalam talian di TV IKIM dan menonton di kaca TV melalui saluran TV al-Hijrah.
MURAQABAH
- Naib 2007 SMKBBSL.
- Dhabit 2009 SKSS.
- Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
- Naib 2012 SJK(C)B.
- Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
- Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
- Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
- Rais 2017 SKLA (SMKTK).
- Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
- Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.
Pautan Tambahan
- RCC Global (M) Sdn Bhd
- RCC Worldwide (M) Sdn Bhd
- Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd
- Keluarga Ku Bahagia (Kekuba)
- Elektronik Zakat Selangor
- Sign In To Microsoft
- Muat Turun Video Daripada Internet
- Muat Turun Video Daripada Smule
- al-Muqri' (Pengajar Bacaan al-Qur'an}
- Sistem Maklumat Pendidikan Islam JAKIM
- Paparan Gambar Status Trafik Semasa
- Malaysia Highways Live Traffic Cameras
- Indeks Pencemaran Udara - IPU
- Kalkulator - Imperial to Metric
- Android Device Manager
- Nasyid Mp3 Download
- Free Online Games
- UniFi Specialist by TM
- TuneIn (0nline) - IKIM FM
- Live Online Radio - IKIM FM
- Live TV Stereaming - Online TV
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA
- SI2008 (18' x 55') TTD2017 (20' x 65') TJ2021 (20' x 65')
- Tenaga Nasional Berhad (Quick Pay)
- Pengurusan Air Pahang
- Laman Air Selangor
- Indah Water Konsortium
- Cukai Tanah Pahang
- Cukai Taksiran (MDL)
- Cukai Tanah Selangor
- Cukai Taksiran (MPKj) e-Bayar