Jumaat, 1 Jun 2018

16 Ramadhan 1439

Kajang, 01/06/2018 - Azan Subuh pagi tadi ialah pada jam 5:40 pagi. Waktu Syuruk pula ialah pada jam 7:01 pagi. Azan Zohor pada jam 1:14 petang (solat Jumaat), azan Asar pada jam 4:39 petang, azan Maghrib pada jam 7:22 malam dan azan Isyak pada jam 8:37 malam.

Hari ini merupakan hari ke-16 umat Islam di Malaysia berpuasa Ramadhan. Jumaat, 1 Jun 2018 bersamaan dengan 16 Ramadhan 1439. Malam ini pula merupakan malam Nuzul al-Qur'an kerana hari esok ialah 17 Ramadhan 1439. Cuma ada perbezaan pendapat mengenai malam Nuzul al-Qur'an (Penurunan al-Qur'an) kerana Lailah al-Qadr (Lailatulqadar) berlaku pada malam sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Namun demikian, ada juga pendapat yang mengatakan Lailatulqadar (malam kemuliaan) berlaku pada salah satu malam bulan Ramadhan.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Sesungguhnya al-Qur'an ini memberi petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang beriman yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar. (Surah al-Israk: Ayat 9).

Peristiwa Nuzul al-Qur'an ialah kejadian berlakunya penurunan ayat-ayat al-Qur'an yang pertama. Ia merupakan wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. pada malam 17 Ramadhan ketika berada di Gua Hira'. Ayat 1 hingga 5 daripada Surah al-A'laq dibawa oleh Malaikat Jibril a.s. kepada baginda  ketika dilantik menjadi Rasulullah.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang mencipta. Dia menjadikan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena (perantaraan tulis baca). Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. (Surah al-A'laq: Ayat 1 hingga 5).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.