Ahad, 17 Jun 2018

Syawwal 1439 dan Cuti Pertengahan Tahun 2018

Kuala Lipis, 17/06/2018 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah berada di rumah kami serta rumah emak saya sejak 12/06/2018 (Selasa) hingga 17/06/2018 (Ahad). Hari ini kami hendak berada di rumah emak isteri saya pula di Jasin.

Perancangannya ialah saya akan memandu Proton Exora melalui Kuala Lipis, Jerantut, Kuala Krau, Temerloh, Bera, Bandar Seri Jempol, Bahau, Rompin, Gemencheh, Batang Melaka, Selandar dan Jasin (Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka).

Emak saya mempunyai enam orang anak yang kesemuanya sudah bernikah. Dua keluarga tinggal di Pahang, tiga keluarga tinggal di Selangor dan sekeluarga tinggal di Johor. Emak isteri saya pula mempunyai sebelas orang anak yang kesemuanya juga sudah bernikah. Enam keluarga tinggal di Selangor, tiga keluarga tinggal di Negeri Sembilan dan dua keluarga tinggal di Johor.

Kami pulang ke kampung di Kuala Lipis dan Jasin sempena cuti persekolahan kali ini yang termasuk di dalamnya cuti hari raya puasa (Aidilfitri). Ia adalah Cuti Pertengahan Tahun yang bermula pada 9 Jun sehingga 24 Jun 2018 (cuti 16 hari). Hari ini merupakan Hari Raya Aidilfitri yang ketiga (Ahad, 3 Syawwal 1439 bersamaan dengan 17 Jun 2018).

Ketika berada di Kuala Lipis ini, kami sempat berkunjung ke rumah saudara-mara bersama emak dan keluarga adik-beradik saya. Juga ke rumah jiran dan tetangga di kampung termasuk sahabat handai.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.