Sabtu, 29 September 2018

Welcome to Rabbani Lamb House

Kuala Lumpur, 29/09/2018 - Saya, isteri dan anak-anak kami mendapat jemputan khas daripada Kak Nur Cheras (Puan Kartini binti Samin) untuk datang ke sebuah restoran yang diberi nama Rabbani Lamb House. Ia terletak di No 105G, Jalan Kampung Pandan, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Saya memandu kereta melepasi stesen minyak Petronas, pasar raya besar Tesco Extra Ampang dan keluar dari Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 atau Middle Ring Road 2 (MRR2). Masuk ke Jalan Kanan 1, jalan kecil, Jalan 4/76, Jalan 1/76 dan Jalan Kampung Pandan. Kami sampai ke Rabbani Lamb House pada waktu makan tengah hari.

Jemputan khas ini merupakan jamuan kesyukuran sempena pernikahan Puan Kartini binti Samin dengan pasangannya Encik Nazran bin Mahadi. Sebelum mereka melangsungkan pernikahan pagi tadi, masing-masing telah mempunyai lima orang anak setiap seorang. Ini bermakna, selepas mereka sah menjadi pasangan suami isteri, mereka sudah mempunyai sepuluh orang anak. Cucu-cucu mereka turut hadir dalam majlis ini.

Saya sempat bertemu dengan Azadan Abdul Aziz iaitu pemilik Rabbani Lamb House yang merupakan salah seorang anggota kumpulan nasyid Rabbani. Dia baru sampai ke restorannya ketika saya, isteri dan anak-anak kami baru keluar dari Rabbani Lamb House.

Sajian makanan Arab dan Asia Barat semakin mendapat tempat di hati warga Malaysia. Menu seperti nasi mandy, mandy lamb dan kabsah ayam antara menu yang sering menjadi pilihan. Chef dibawa khas dari Timur Tengah.

Khamis, 13 September 2018

Peperiksaan UPKK 2018

Kajang, 13/09/2018 - Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) merupakan salah satu peperiksaan penting yang diselaraskan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). KAFA ialah singkatan daripada perkataan Kelas Agama dan Fardhu Ain.

Peperiksaan UPKK dijalankan oleh JAKIM untuk murid-murid Tahun 5 di sekolah-sekolah rendah agama di bawah kerajaan negeri dan sekolah-sekolah rendah agama persendirian di seluruh Malaysia.

Matlamat peperiksaan UPKK ialah untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid Tahun 5 di dalam bacaan ayat-ayat al-Qur'an dan hafazan surah-surah daripada al-Qur'an serta mengamalkan cara hidup Islam. Juga dapat menilai tahap pengetahuan di dalam Fardhu Ain, asas Bahasa Arab serta menilai kemahiran murid membacamenulis Jawi dan Khat.

Murid-murid Tahun 5 mesti mengambil lapan mata pelajaran yang telah ditetapkan di dalam peperiksaan UPKK iaitu Bidang al-Qur'an (Lisan), Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) kertas 02/01, Sirah kertas 03/01, Adab (Akhlak Islamiah) kertas 04/01 dan kertas 04/02, Jawi dan Khat kertas 05/01, Bahasa al-Qur'an kertas 06/01, Amali Solat (Praktikal) dan Penghayatan Cara Hidup Islam (Lisan dan Pemerhatian). Tarikh peperiksaan bertulis untuk UPKK 2018 ialah pada 1, 2, 3 dan 4 Oktober 2018. Jangkaan keputusan UPKK 2018 diumumkan ialah pada bulan Disember 2018.

Peperiksaan UPKK adalah penting untuk murid-murid sekolah rendah yang hendak menyambung pelajaran mereka ke sekolah-sekolah agama peringkat menengah di seluruh Malaysia.

Rabu, 5 September 2018

Program Peningkatan Profesionalisme Keguruan 2018

Petaling, 05/09/2018 - Hari ini merupakan hari terakhir saya berada di Pusat Latihan JAKOA Damansara Damai, 3, Jalan PJU 10/5, Damansara Damai, 47830 Petaling, Selangor. JAKOA ialah Jabatan Kemajuan Orang Asli.

Saya telah ditempatkan di sebuah Bilik Penginapan C201 di tingkat 2. Ia merupakan sebuah bilik dengan lima buah katil bujang lengkap dengan sebuah tandas dan sebuah bilik air. Ceramah-ceramah diadakan pada 4 dan 5 September 2018 di Dewan Kreb dan Dewan Serbaguna. Sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam di dewan makan serta solat di Surau al-Huda. Saya bersama rakan-rakan Guru Pendidikan Islam dan Guru Bahasa Arab dari sekolah-sekolah rendah serta menengah di seluruh Selangor menghadiri program ini.

Hari pertama (Selasa). Saya memandu kereta dari rumah dan menghantar seorang anak ke sekolah agama waktu pagi selepas solat Subuh berjemaah di surau yang berhampiran. Memandu kereta merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Kemudian meneruskan pemanduan di Persiaran Saujana Impian yang bersambung dengan Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) dan melalui Plaza Tol Batu 11 (RM1.30). Jam 6:30 pagi hingga 8:30 pagi, laluan kontra ke Kuala Lumpur dibuka dari Plaza Tol Batu 9 melalui E7, Jalan Cheras, Jalan Loke Yew dan Jalan Maharajalela (berhampiran Jalan Hang Tuah). Saya memandu di sepanjang laluan tersebut (tidal flow beroperasi hingga tidal flow tamat). Saya meneruskan pemanduan di Jalan Kinabalu, Jalan Kuching dan masuk ke Lebuhraya Duta Ulu - Klang (DUKE) Fasa 2. Saya melalui Plaza Tol Segambut (RM2.50), Jalan Kuala Selangor, Jalan PJU 10/1 (Petronas Damansara Damai), Jalan PJU 10/1C dan Jalan PJU 10/5. Akhirnya sampai juga ke Pusat Latihan JAKOA Damansara Damai dengan bantuan Sistem Kedudukan Sejagat/ GPS (Global Positioning System) dan Peta Google.

Saya mendaftarkan nama, sarapan pagi, menghadiri ceramah 1, rehat 1, ceramah 2, taklimat, rehat 2, makan tengah hari, solat Zohor, ceramah 3, solat Asar, rehat 3, makan malam, solat Maghrib, solat Isyak, ceramah 4 dan masuk tidur. Program dikendalikan oleh Unit Pengurusan Pendidikan Islam, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Selangor. Unit Operasi Dakwah (hari pertama) dan Unit Pengurusan Institusi Pendidikan Agama (hari kedua) juga terlibat dalam menyampaikan ceramah.

Hari kedua (Rabu). Saya bangun solat Subuh, sarapan pagi, ceramah 5, rehat, majlis penutupan dan makan tengah hari. Jam 12:25 tengah hari, saya memandu kereta meninggalkan Pusat Latihan JAKOA Damansara Damai. Keluar dari pusat latihan melalui Jalan PJU 10/5, Jalan PJU 10/1C, Jalan PJU 10/1 dan masuk ke Jalan Kuala Selangor. Saya meneruskan perjalanan dan masuk ke Jalan Kepong, Jalan Kuching, Jalan Kinabalu, Jalan Maharajalela, Jalan Loke Yew dan Jalan Cheras. Kemudian masuk ke Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) dan melalui Plaza Tol Batu 9 (RM1.30). Saya meneruskan pemanduan di E7 dan azan Zohor berkumandang pada jam 1:15 petang. Perjalanan diteruskan di E7 yang bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Kemudian membelok ke Persiaran Impian Perdana, merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah pada jam 1:22 petang selepas memandu kereta sejauh kira-kira 43 kilometer dari Petaling ke Kajang. Saya turun dari kereta, masuk ke dalam rumah dan berjalan kaki ke surau berhampiran menunaikan solat Zohor berjemaah.

Sabtu, 1 September 2018

Islam Ialah Agama Yang Sejahtera

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Sesungguhnya agama (yang diredai) di sisi Allah hanyalah Islam. (Surah Ali Imran: Ayat 19).

Perkataan ad-Din berasal daripada bahasa Arab ertinya agama. Maksudnya ialah suatu cara hidup, bentuk hidup, peraturan hidup atau pengangan hidup.

Perkataan Islam dalam bahasa Arab membawa pengertian sejahtera, harmoni, aman dan dirujuk daripada istilah yang memberi makna menyerah diri kepada Allah Yang Maha Esa dengan penuh keyakinan serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan.

Islam ialah agama dan tidak semua agama itu Islam. Jika dua perkataan tersebut digandingkan, ia menjadi 'Agama Islam' yang membawa maksud suatu pegangan hidup atau cara hidup.

Islam juga bererti damai, selamat, penyerahan diri, taat dan patuh. Islam ialah agama yang membawa kepada kesejahteraaan, perdamaian serta keselamatan kepada kehidupan manusia khususnya dan semua makhluk umumnya.

Islam agama diredai. Allah memilih Islam sebagai agama yang diredai di sisi-Nya. Allah menamakan agama ini sebagai Islam yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Jibril a.s.

Ada ketikanya terdapat kejadian-kejadian orang Islam yang mempamerkan imej negatif. Ia tidaklah membayangkan ajaran Islam menganjurkan mereka berbuat begitu, latar belakang kenapa ia berlaku mesti difahami terlebih dahulu.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.