Kajang, 28/10/2018 - Hari ini merupakan hari terakhir saya berada di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Jalan Ikram - Uniten, 43000 Kajang, Selangor. Kami seramai sembilan orang Guru Pendidikan Islam dan Guru Bahasa Arab telah dipilih meyertai Bengkel Penulisan Skrip Drama TV oleh Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat. Kami ialah guru-guru dari Sekolah Kebangsaan di sekitar daerah Hulu Langat. Peserta-peserta lain yang bukan guru dari negeri lain turut menyertai bengkel selama 2 hari ini. Sabtu dan Ahad merupakan cuti sekolah hujung minggu di Selangor. Penganjur program ialah Aksara Mind Services (Puan Rose Ruzaimah sebagai Pengurus Operasi) dan penceramahnya pula ialah Tuan Zabidi Mohamed.
Hari pertama (Sabtu). Saya telah sampai ke UNITEN dan mencari bangunan yang dinyatakan untuk berbengkel. Terus ke meja pendaftaran. Letak barang di dalam bilik seminar. Bersarapan pagi di tempat yang disediakan oleh pihak penganjur. Masuk ke bilik seminar dan mendengar ceramah. Juga menonton video filem Indonesia, Surga Yang Tak Dirindukan. Rehat untuk makan tengah hari dan solat Zohor berjemaah. Ceramah disambung semula dengan menonton pula video telemovie Malaysia, Aku Bukan Haji. Buku skripnya turut disertakan bersama kami sebagai bahan rujukan. Ada lagi beberapa buah video cerita dan kuliah dipertontonkan kepada para peserta bengkel. Perkara-perkara penting hari ini melibatkan perbincangan mengenai watak utama, matlamat, konflik dan lain-lain. Kira-kira jam 5:00 petang, bengkel tamat dan bergerak pulang ke rumah.
Hari kedua (Ahad). Saya memandu kereta dan keluar dari rumah kira-kira jam 8:15 pagi. Memandu kereta merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Kemudian meneruskan pemanduan di Persiaran Saujana Impian, Jalan Cheras, Jalan Sungai Chua dan masuk ke Lebuhraya Kajang SILK (E18) tanpa melalui plaza tol. Keluar dari lebuh raya dan meneruskan pemanduan di Jalan Ikram - Uniten. Kira-kira jam 8:30 pagi, saya masuk ke UNITEN melalui Pintu Masuk 1. Saya meletakkan kereta di hadapan bangunan Lobi Pengurusan selepas memandu sejauh kira-kira 12 kilometer. Naik lif ke tingkat 4 dan bersarapan pagi di Ruang Legar (BA-4-045). Bengkel di bilik Seminar 01, BERLIN (BA-4-050). Mendengar ceramah dan menonton video. Rehat dan makan tengah hari di Ruang Legar (BA-4-045). Turun lif ke tingkat G dan solat Zohor berjemaah di surau lelaki (BA-0-055). Naik semula dan menyambung bengkel sehingga tamat. Majlis penutupan dan sesi fotografi turut diadakan selepas itu. Turun ke bawah dan para peserta mula bergerak pulang.
MURAQABAH
- Naib 2007 SMKBBSL.
- Dhabit 2009 SKSS.
- Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
- Naib 2012 SJK(C)B.
- Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
- Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
- Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
- Rais 2017 SKLA (SMKTK).
- Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
- Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.
Pautan Tambahan
- RCC Global (M) Sdn Bhd
- RCC Worldwide (M) Sdn Bhd
- Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd
- Keluarga Ku Bahagia (Kekuba)
- Elektronik Zakat Selangor
- Sign In To Microsoft
- Muat Turun Video Daripada Internet
- Muat Turun Video Daripada Smule
- al-Muqri' (Pengajar Bacaan al-Qur'an}
- Sistem Maklumat Pendidikan Islam JAKIM
- Paparan Gambar Status Trafik Semasa
- Malaysia Highways Live Traffic Cameras
- Indeks Pencemaran Udara - IPU
- Kalkulator - Imperial to Metric
- Android Device Manager
- Nasyid Mp3 Download
- Free Online Games
- UniFi Specialist by TM
- TuneIn (0nline) - IKIM FM
- Live Online Radio - IKIM FM
- Live TV Stereaming - Online TV
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA
- SI2008 (18' x 55') TTD2017 (20' x 65') TJ2021 (20' x 65')
- Tenaga Nasional Berhad (Quick Pay)
- Pengurusan Air Pahang
- Laman Air Selangor
- Indah Water Konsortium
- Cukai Tanah Pahang
- Cukai Taksiran (MDL)
- Cukai Tanah Selangor
- Cukai Taksiran (MPKj) e-Bayar