Sabtu, 17 November 2018

Maulidur Rasul 1440 dan Konsert Amal 2018

Selayang, 17/11/2018 - Saya, isteri dan dua orang anak kami telah pergi ke Bandar Baru Selayang. Anak sulung kami yang bersekolah menengah agama dan tinggal di asrama tidak pulang minggu ini kerana sesi persekolahan tinggal seminggu sahaja lagi. Minggu depan, cuti sekolah akhir tahun akan bermula.

Saya memandu kenderaan dari rumah merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Kemudian meneruskan pemanduan di Persiaran Saujana Impian yang bersambung dengan Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) dan melalui Plaza Tol Batu 11 (RM1.30). Pemanduan diteruskan di E7, Jalan Cheras, Jalan Loke Yew, Jalan Maharajalela, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching dan membelok ke Jalan Besar. Dari situ, masuk ke Persiaran 1, Jalan 2/2, Jalan 2/8 dan meletakkan kenderaan di Jalan 2/10. Saya telah memandu kenderaan dari rumah di Kajang ke Bandar Selayang Baru sejauh 39.5 kilometer. Kami solat Maghrib di surau yang terletak di tingkat atas bangunan Restoran Tuuu...Dia Pak Tam, No 3, 5 & 7, Jalan 2/10, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor. Selepas solat Maghrib, kami makan malam di restoran tersebut.

Kumpulan Rabbani yang merupakan sebuah kumpulan nasyid turut makan di Restoran Tuuu...Dia Pak Tam (sedap bagitau kawan...tak sedap bagitau pak tam). Saya sempat duduk semeja bersama mereka. Saya juga bertanyakan berkenaan Kumpulan Hijjaz dan sempat juga duduk semeja bersama mereka ketika Konsert Amal Maulidur Rasul 1440 sedang berlangsung. Saya, isteri dan anak-anak solat Isyak terlebih dahulu sebelum menghadiri konsert malam ini.

Hijjaz, Rabbani serta sebuah lagi kumpulan nasyid baharu telah mempersembahkan lagu-lagu lama dan lagu-lagu terbaharu mereka di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang (BBS) yang terletak di hadapan Restoran Tuuu...Dia Pak Tam. Ia bagi mengumpul dana untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) al-Furqan BBS.

Program pada malam ini juga diselang-seli dengan tazkirah Maulidur Rasul dan penyampaian hadiah kepada murid-murid SAR al-Furqan BBS yang cemerlang.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.