Selasa, 27 November 2018

Mesyuarat Pengurusan Takwim SKTP 2019

Banda Hilir, 27/11/2018 - Saya dan seorang rakan guru dari Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP), Cheras, Hulu Langat, Selangor menginap di Bilik 617 (05-09), Imperial Heritage Hotel, No 1, Jalan Merdeka 1, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka, Malaysia selama 3 hari 2 malam. Ia sebuah bilik berdua dengan dua buah katil dan sebuah tandas (bilik air). Kami sebagai guru dan kakitangan sekolah menghadiri Mesyuarat Pengurusan Takwim SKTP 2019 di bilik mesyuarat (Jade Hall).

Ahad, 25 November 2018 (hari pertama). Saya bertolak dari rumah emak mentua saya di Jasin, Melaka kerana isteri dan tiga orang anak kami berada di sini sejak semalam (Sabtu). Rakan-rakan yang lain bertolak dari SKTP pagi ini dengan sebuah bas. Ada juga rakan-rakan menaiki kenderaan sendiri dari sana. Saya meletakkan kenderaan di kawasan meletak kenderaan di kawasan hotel. Jarak perjalanan dari Jasin ke sini ialah sejauh kira-kira 34 kilometer sahaja. Bagi menunaikan solat, surau ada disediakan di tingkat 3. Saya bertemu rakan-rakan yang telah sampai ke kawasan hotel. Kami makan tengah hari di luar sementara menunggu rakan-rakan yang menaiki bas, tiba. Apabila mereka tiba, kami terus menghadiri program di bilik mesyuarat kira-kira jam 3:00 petang di tingkat 3. Saya mendaftar masuk ke hotel dan masuk ke Bilik 617 di tingkat 6. Aktiviti malam ini, kami menaiki perahu besar menyusuri Sungai Melaka (Melaka River Cruise) sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2018.

Tempat-tempat makan dan minum di Imperial Heritage Hotel sepanjang kami bermesyuarat di Melaka, terletak di pelbagai lokasi. Minum-minum bersama kuih di luar Jade Hall (Level 3), makan malam di Cheng Ho Restaurant (Level 3), sarapan pagi di Courtyard (Level 3) bersambung dengan Cheng Ho Restaurant dan makan tengah hari di Salt and Sugar Thai Restaurant (Lot G03, Ground Floor).

Isnin, 26 November 2018 (hari kedua). Kami bermesyuarat di Jade Hill, rehat, makan tengah hari, solat dan sambung mesyuarat hingga ke petang. Aktiviti bebas. Makan malam di luar iaitu semua kami ke Restoran Deli Muara Ikan Bakar, Kilometer 10, Muara Sungai Punggor, 75460 Melaka. Guru-guru perempuan yang menaiki kenderaan bersama saya, kami pergi berjalan-jalan ke Kampung Morten. Ia yang terletak di tengah Bandaraya Melaka adalah satu-satunya perkampungan Melayu di Bandar Melaka. Kampung ini dianggap sebagai muzium hidup memandangkan ramai penduduknya masih mengamalkan cara hidup yang tidak banyak berubah dan banyak mempamerkan keunikan reka bentuk rekaan rumah mereka. Kemudian, saya memandu Proton Exora membawa rakan-rakan guru pulang ke hotel.

Selasa, 27 November 2018 (hari ketiga). Aktiviti bebas. Selepas bersarapan pagi, saya pergi ke Dataran Pahlawan, Melaka Megamall yang terletak di seberang jalan berhadapan dengan hotel. Saya membeli-belah di Heritage Gallery dan kembali ke hotel. Saya mendaftar keluar dari hotel, makan tengah hari dan bergerak memandu pulang ke Jasin.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.