Jumaat, 22 Februari 2019

Allah Ialah Pemilik Alam Ini

Cheras, 22/02/2019 - Tajuk tazkirah pagi Jumaat tadi ialah Allah Ialah Pemilk Alam Ini. Ia telah disampaikan oleh Ustaz Jeehan di dataran perhimpunan, Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor.

Allah S.W.T. telah berfirman (Ustaz Jeehan membaca sepotong ayat al-Qur'an): Maksudnya: Sentiasa bertasbih kepada Allah apa yang di langit dan apa yang di bumi. Hanya bagi-Nya (Allah) yang mempunyai segala kerajaan dan semua puji-pujian. Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Surah at-Taghabun: Ayat 1).

Allah ialah pencipta dan pemilik alam ini termasuk langit, bumi serta segala isinya seperti gunung, pantai, burung dan bunga. Semua Allah punya. Marilah kita bertasbih dengan mengucapkan Subhanallah (Maha Suci Allah). Jangan rosakkan alam ini dengan najis dadah. Jadi, kita diharamkan dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan berkenaan dadah.

Manusia yang hidup di muka bumi ini cuma meminjam ciptaan Allah untuk mencipta sesuatu seperti besi menjadi kereta, gandum menjadi tepung dan kayu menjadi perabut. Jangan kita salah guna dalam mencipta sesuatu. Ubat-ubatan dicipta untuk penyembuhan tetapi dadah dicipta untuk merosakkan akal manusia yang diberi pinjaman oleh Allah. Anggota tubuh badan seperti mata dan telinga kita juga merupakan pinjaman daripada Allah. Oleh itu, manusia tidak boleh merasa sombong, takbur dan iri hati.

Ustaz Jeehan menyanyikan beberapa baris nasyid yang bertajuk Semua Allah Punya. Nasyid asal daripada Iwan Syahman.

Lihatlah gunung yang tinggi. Subhanallah itu Allah yang punya. Lihatlah pantai yang indah. Subhanallah itu Allah yang punya.

Tiada yang engkau punya. Semuanya Allah punya. Tiada yang engkau punya. Semuanya Allah punya.

Lihatlah burung yang terbang. Subhanallah itu Allah yang punya. Lihatlah bunga yang mekar. Subhanallah itu Allah yang punya.

Tiada yang engkau punya. Semuanya Allah punya. Tiada yang engkau punya. Semuanya Allah punya.

Kau lihat bukan kau punya. Itu semua Allah punya. Kau dengar bukan kau punya. Itu semua Allah punya.

Dari itu janganlah sombong. Janganlah riak serta iri hati. Dunia hanya pinjaman sementara. Akhirnya kembali kepada-Nya.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.