Khamis, 7 Februari 2019

Restoran Halab (Syria), Bukit Bintang

Kuala Lumpur, 07/02/2019 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah pergi ke Restoran Halab (Syria) yang terletak di No 7, Jalan Beremi, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Malaysia. Lokasinya tidak jauh dari gerai kecil Halab di Jalan Berangan. Kami berlima menaiki tren MRT (Mass Rapid Transit) dari Kajang ke Kuala Lumpur.

Saya memandu Proton Exora dan meletakkannya di Stesen MRT Sungai Jernih. Kami naik tren di stesen ini (Sungai Jernih) dan melalui stesen-stesen yang berikutnya iaitu Bukit Dukung, Batu 11 Cheras, Bandar Tun Hussein Onn, Sri Raya, Taman Suntex, Taman Connaught, Taman Mutiara, Taman Midah, Taman Pertama, AEON Maluri, Cochrane, Tun Razak Exchange (TRX) dan turun di Stesen MRT PAVILION Bukit Bintang. Tambang MRT ialah RM3.50 x 5 orang = RM17.50 (guna 5 keping kad Touch 'n Go). Kami berjalan kaki dari stesen bawah tanah dan naik ke Jalan Sultan Ismail. Terus berjalan kaki di Jalan Berangan dan Jalan Beremi. Akhirnya, kami sekeluarga sampai ke Restoran Halab (Syria), Bukit Bintang.

Ini merupakan kali pertama kami makan dan minum di sini. Kami makan Nasi Arab seperti Mandy Ayam (RM13.00) untuk suku ekor ayam dan Maqlubah Kambing (RM25.00). Juga Shawarma Ayam (RM18.00) hidangan dalam pinggan dan Sup Cendawan (RM12.00). Kami minum Jus Mangga (RM10.00), Jus Pisang campur susu (RM12.00), Jus Koktel (RM12.00), Jus Oren (RM10.00) dan Jus Strawberi (RM10.00). Saya telah membayar sebanyak RM122.00 untuk harga makanan dan minuman bagi makan tengah hari di waktu petang kali ini (Kad Debit VISA). Kami berjalan-jalan di sekitar Bukit Bintang, membeli barang-barang dan kembali ke Stesen MRT Bukit Bintang. Singgah ke surau dalam stesen dan naik MRT. Bergerak di laluan yang sama ketika perjalanan pergi tadi dan turun di Stesen MRT Sungai Jernih (RM3.50 x 5 orang = RM17.50).

Bayaran untuk tempat letak kenderaan pula ialah RM4.30 (Touch 'n Go) selepas saya memandu keluar dari stesen MRT.

Sempena Cuti Tahun Baharu Cina kali ini, saya dan keluarga sebelum ke restoran ini telah sempat pulang ke kampung di Pahang dan Melaka. Malam Ahad dan Isnin di Kuala Lipis serta malam Selasa dan Rabu di Jasin.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.