Ahad, 7 Julai 2019

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Munif Hijjaz 2019

Kuala Lumpur, 07/07/2019 - Saya dan anak ketiga saya telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Munif Hijjaz di 2A, Jalan Damai Raya 3, Alam Damai, Cheras. Kami berdua hadir ke sini selepas menghantar anak sulung saya menaiki bas di Seremban untuk pulang ke asrama sekolah. Isteri saya, anak kedua dan anak keempat kami berada di rumah kerana salah seorang anak akan menghadapi peperiksaan penting pada hari esok.

Saya memandu kereta merentasi bandar Seremban yang merupakan ibu negeri kepada Negeri Sembilan. Kemudian, kami masuk ke Lebuhraya Kajang - Seremban (E21) dan melalui Plaza Tol Setul serta keluar di Plaza Tol Kajang Selatan. Selepas, itu, masuk pula ke Lebuhraya Kajang SILK (E18) dan melalui Plaza Tol Sungai Long. Saya membuat pusingan U berhampiran The Mines dan kemudian masuk ke Jalan Belimbing, Persiaran Damai Perdana, Jalan Alam Damai, Persiaran Alam Damai dan meletakkan kereta di Lingkungan Alam Damai yang menghala semula ke Persiaran Alam Damai. Kira-kira satu jam perjalanan dari Seremban untuk sampai ke sini sebelum Asar. Saya dan anak saya berjalan kaki ke Jalan Damai Raya 3 dan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Munif Hijjaz 2019. Kami masih meraikan Aidilfitri walaupun tarikh hari ini ialah 4 Zulkaedah 1440 bersamaan dengan 7 Julai 2019.

Kami sempat berjumpa dengan beberapa orang kenalan yang turut datang ke sini sambil membeli barang-barang keluaran Munif Hijjaz. Ketika menjamu selera, Munif Hijjaz datang ke meja saya dan kami sempat berbual-bual. Dia menjemput saya ke atas pentas dan saya menyampaikan nasyid yang bertajuk Nur Tuhan daripada kumpulan Hijjaz dengan muzik iringan (minus one). Saya menerima hadiah berupa sebuah hamper produk Munif Hijjaz.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.