Sabtu, 20 Julai 2019

Solat, Umrah, Haji dan Korban

Cheras, 20/07/2019 - Tajuk kuliah Subuh (tazkirah) pagi Sabtu tadi ialah Solat, Umrah, Haji dan Korban. Ia telah disampaikan oleh Ustaz Jeehan di surau sekolah, Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor.

Allah S.W.T. telah berfirman (Ustaz Jeehan membaca ayat-ayat al-Qur'an): Maksudnya: Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepada kamu (Muhammad) sebuah sungai di syurga (nikmat yang banyak). Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah (menyembelih haiwan korban sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Allah). Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus [daripada rahmat Allah]. (Surah al-Kautsar: Ayat 1 hingga 3).

Kem Ibadah dan Umrah Cilik 1440. Jumaat, 19 Julai 2019 dan Sabtu, 20 Julai 2019 (2 hari 1 malam).

Ustaz Jeehan menyebut lafaz Talbiah: Maksudnya: Aku sahut panggilan-Mu ya Allah. Aku sahut, tidak ada sekutu bagi-Mu ya Allah. Kami sahut. Segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu. Tidak ada sekutu bagi-Mu.

Ustaz Jeehan menyanyikan beberapa baris nasyid yang bertajuk Haji Rukun Ke-5. Nasyid asal daripada kumpulan Hijjaz.

Rukun Islam yang ke-5.
Menunaikan ibadah haji.
Yang cukup syaratnya wajiblah pergi.
Fardu ain hukumnya setiap peribadi.
Wajib sekali seumur hidup.

Siapa sudah cukup syarat-syaratnya.
Wajib baginya menunaikan.
Kalau boleh jangan tangguh-tangguh lagi.
Segeralah menunaikannya. 

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.