Sabtu, 26 Oktober 2019

Di Wad Hospital Kajang Akibat Denggi 2019

Kajang, 26/10/2019 - Isteri dan anak keempat telah mengambil saya di Hospital Kajang selepas discaj antara waktu Zohor dan Asar. Saya menunggu mereka berdua di kerusi berhampiran kaunter Unit Hasil ketika hari hujan. Apabila sampai, saya pula memandu kenderaan dan kami bertiga terus pulang ke rumah. Di rumah, tiga orang anak lagi sudah siap sedia menanti. Cukup berenam.

Ketika hari pertama ke Hospital Kajang (21/10/2019), isteri dan anak-anak menghantar saya ke Jabatan Kecemasan dan Trauma antara waktu Asar dan Maghrib. Saya menyerahkan dokumen daripada pihak Klinik Thaqif berkenaan darah yang positif demam denggi. Di sini, darah diambil lagi dan air juga dimasukkan ke dalam badan saya. Pihak hospital menerima masuk (admit) saya ke Wad 1 Katil E5 untuk tiga malam dan ditempatkan pula di Wad 3 Katil 6 untuk dua malam. Sepanjang hidup, ini merupakan kali pertama saya berada di wad. Masa melawat ialah mulai jam 12:30 tengah hari 2:00 petang dan mulai jam 4:30 petang hingga 7:30 malam (Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat). Manakala hari Sabtu, Ahad dan cuti umum pula ialah mulai jam 1:00 petang hingga 7:00 malam. 

Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus denggi (genus flavivirus) yang disebar oleh nyamuk aedes betina. Demam denggi dibawa oleh nyamuk aedes kepada manusia melalui gigitannya.
Virus denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 hingga 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, sakit kepala yang teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal.
Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luar biasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Demam denggi klasik berlarutan selama 6 hingga 7 hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya) kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.