Jumaat, 1 November 2019

Karnival Trak Makanan MARDI 2019

Serdang, 01/11/2019 - Saya dan isteri telah pergi menghadiri Karnival Trak Makanan MARDI 2019 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) atau "Malaysia Agro Exposition Park Serdang". MARDI (Malaysian Agricultural Research and Development Institute) ialah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia.

Kami pergi berdua sahaja kira-kira jam 2:50 petang tadi kerana empat orang anak kami sedang bersekolah ketika ini di Sekolah Menengah Agama, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Kebangsaan dan Taska.

Saya memandu kereta dan isteri duduk di sebelah meninggalkan rumah di Kajang pada jam 2:25 petang. Kami merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Saya meneruskan pemanduan di Persiaran Saujana Impian yang bersambung dengan Lebuhraya Cheras-Kajang (E7). Kemudian, saya memandu kereta di Lebuhraya Kajang SILK (E18) dan melalui Plaza Tol Sungai Balak (RM1.80). E18 pula bersambung dengan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (E26). Keluar dari E26, saya memandu kereta melalui Jalan Hospital Serdang, membelok ke kanan di lampu isyarat dan membelok ke kiri melalui pintu gerbang MAEPS. Perjalanan kira-kira 19 kilometer dari rumah sehingga sampai ke tempat letak kereta di kawasan dewan.

Pelbagai produk ada dijual di Dewan D. Trak-trak makanan disediakan di kawasan ini. Ia bersempena sambutan 50 tahun MARDI. Jualan produk telah bermula pada hari semalam (Khamis, 31 Oktober 2019) sehingga hari esok (Sabtu, 2 November 2019). Mulai jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang. Saya dan isteri telah pergi hari ini (Jumaat, 1 November 2019).

Jualan produk usahawan seperti makanan dan minuman ada dijual di sini. Jom makan dan minum di MAEPS. Jom sama-sama memeriahkan karnival "food truck" dan jualan produk usahawan MARDI.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.