Rabu, 13 November 2019

Program Kembali ke Sekolah Bersama Menteri 2019

Kajang, 13/11/2019 - Program Kembali ke Sekolah berlangsung dengan jayanya pagi tadi di Lot 360 Pejabat Tapak, Jalan Cheras Batu 13, Kampung Sungai Balak (MMC Pembentungan Langat Sdn Bhd) yang pintu masuknya terletak di Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) iaitu di Kilometer 20.5 menghala ke Kuala Lumpur. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Dr Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli. Ia bertujuan membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan di sekitar Cheras dan Kajang membuat persiapan awal menyambut sesi persekolahan 2020.

Sebanyak 22 buah sekolah terlibat dalam pembinaan jajaran paip pembetungan Projek Pembetungan Langat, pelajar-pelajarnya telah menerima bantuan persekolahan berupa beg sekolah, alat tulis dan kamus dwibahasa. Selain itu, bagi meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan sahsiah, setiap sekolah turut menerima Kit Pertolongan Cemas dan Pengusung bagi kemudahan guru-guru serta pelajar-pelajar.

Program tamat pada waktu tengah hari dan semua pelajar serta guru dibekalkan dengan makanan tengah hari oleh pihak Kentucky Fried Chicken. Cikgu Azri Syazwan pulang ke sekolah dengan keretanya dan saya (Ustaz Jeehan) pula mengiringi murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP) menaiki bas bersama guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri (SKDB). Bas G yang kami naiki ke SKDB terlebih dahulu dan selepas itu barulah menghantar kami pulang ke SKTP. Bas RIZWA (WRA 5689) ialah bas yang sama mengambil rombongan pagi tadi dari SKDB dan SKTP.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.