Selasa, 19 November 2019

Platform TV ALHIJRAH di Studio 1 NTV7 2019

Shah Alam, 19/11/2019 - Saya telah memandu kereta bertolak dari rumah di Kajang kira-kira jam 6:30 petang. Saya merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Saya meneruskan pemanduan di Persiaran Saujana Impian yang bersambung dengan Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) dan melalui Plaza Tol Batu 11 (RM1.30). Kemudian, saya meneruskan pemanduan di E7 dan membelok ke Lebuhraya Hubungan Timur - Barat (E37) dan masuk ke Lebuhraya Persekutuan.

Keluar dari Lebuhraya Persekutuan dan masuk ke Jalan Lapangan Terbang Subang, Persiaran Kerjaya dan melalui jalan-jalan yang bernama seperti Hakim, Pemaju, Juruukur, Perunding serta akhirnya sampai ke Jalan Jurubina U1/18 dan saya meletakkan kereta di tepi jalan berkenaan.

Saya berjalan kaki dan masuk ke NTV7 (Natseven TV Sdn Bhd), Glenmarie, Shah Alam. Saya memandu pergi ke sini sejauh kira-kira 40.5 kilometer selepas menempuh kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Persekutuan yang bermula di kawasan berhampiran Hotel Hilton Petaling Jaya. Di NTV7, ada orang membawa saya ke Studio 1 dan menunjukkan tempat duduk paling hadapan kerana saya merupakan salah seorang daripada delegasi Sahabat Hijjaz yang hadir pada malam ini. Saya telah sampai ke sini beberapa minit sebelum jam 8:00 malam dan sempat singgah ke surau.

Saya dan Sahabat Hijjaz serta rombongan yang lain telah menghadiri program rakaman bagi siaran Platform di TV ALHIJRAH yang bermula pada jam 8:30 malam. Nasyid dan lagu disampaikan oleh kumpulan Hijjaz dan Tomok. Tazkirah pula disampaikan oleh Ustaz Ghazali Ibrahim. Janji Khalifah (Hijjaz), Fatamorgana (Hijjaz), Kepada-Mu Kekasih (Tomok), Dia Kekasih Allah (Hijjaz) serta Sumayyah (Hijjaz dan Tomok). Ia akan disiarkan pada bulan Januari tahun 2020. Platform, dakwah dalam lagu taruhan TV ALHIJRAH untuk tahun depan.

Tamat sesi fotografi (mengambil gambar) di atas pentas, saya pun keluar meninggalkan Studio 1 di NTV7, Glenmarie, Shah Alam pada jam 10:00 malam. Saya mendapatkan kereta dan memandu pulang ke Kajang. 

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.