Rabu, 27 November 2019

Atmosphere 360 Restaurant, KL Tower

Kuala Lumpur, 27/11/2019 - Saya bersama rakan-rakan guru serta staf Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP), Cheras, Hulu Langat, Selangor makan dan minum di Atmosphere 360 Restaurant, Kuala Lumpur Tower iaitu sebuah restoran berputar yang terletak di Menara Kuala Lumpur. Tahun 2016 kami pernah ke sini dan tahun 2019 ini, kami pergi ke sini lagi.

Kami seramai 30 orang menaiki bas dari SKTP dan bertolak pada waktu tengah hari ke Kuala Lumpur. Kami sampai ke Menara Kuala Lumpur dan menunaikan solat Zohor di surau. Kemudian, kami menaiki lif pergi ke Atmosphere 360 Restaurant, makan dan minum di Restoran Berputar, Menara Kuala Lumpur pada ketinggian 282 meter. Ia dianjurkan oleh Badan Kebajikan Guru dan Staf (BKGS) SKTP.

30 Lunch Buffet (Adult) RM2,586.21 + Service Charge (10%) RM258.62 + Service Tax (6%) RM155.17 = RM3,000.00 (Total).

Ia merupakan program BKGS untuk Jamuan Akhir Tahun 2019, Jamuan Perpisahan Tiga Orang Guru dan Jamuan Meraikan Penempatan Dua Orang Guru Baharu. Pengacara majlis, guru besar dan tiga orang guru SKTP yang akan mengajar di sekolah lain turut memberi ucapan di samping mendapat sijil serta bermacam-macam hadiah termasuk saya. Kami berada di dalam dan di luar kawasan Menara Kuala Lumpur selama tiga jam iaitu dari jam 1:00 hingga 4:00 petang sebelum pulang semula ke sekolah dengan bas.

Di akhir program ketika berada di Atmosphere 360 Restaurant, Kuala Lumpur Tower tadi, saya telah menyampaikan ucapan perpisahan kerana akan mengajar di sekolah lain mulai bulan Januari tahun 2020.

Saya menyanyikan beberapa baris nasyid yang bertajuk Jalan Bahagia. Nasyid asal daripada kumpulan Hijjaz.

Bukan intan permata bukan paras rupa.
Pandangan Tuhan pada manusia.
Beriman dan bertakwa berakhlak mulia.
Di sisi Tuhan itu yang utama.
Siapa yang berbakti dengan ketabahan.
Sabar menempuh ketentuan Tuhan.
Baginya syafaat dunia akhirat.
Kurnia Tuhan tidak terkira.

Saya juga membacakan serangkap pantun perpisahan.

Tuan puteri pergi ke Rasah,
Pulang semula sebelah pagi;
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin Tuhan bersua lagi.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.